MALAYSIA AUTO FEST 2024 TAMPILKAN 300 JENIS KERETA DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR SABTU INI.

0
386
Malaysia Auto Fest 2024 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula Sabtu dan Ahad ini tunggu kehadiran peminat-peminatnya.
Pengarah Program, Dev Jbc

KUALA LUMPUR, 28 November – Peminat dunia automotif pastinya tidak mahu ketinggalan menghadiri Malaysia Auto Fest 2024 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula Sabtu dan Ahad ini.

Acara selama dua hari, bermula 30 November hingga 1 Disember 2024, merupakan edisi ketiga penganjurannya.

Pengarah program, Dev Jbc, berkata bahawa acara ini adalah pameran “Car Lifestyle & Show Stopper” yang dibuka secara percuma kepada semua lapisan masyarakat.

“Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyatukan peminat kereta di bawah satu bumbung sambil memupuk sikap positif, terutama di kalangan remaja,” jelas beliau.

Sebanyak 300 buah kereta pelbagai jenama akan dipamerkan, termasuk model ikonik seperti Mustang, GTR, Mazda, Toyota, Camaro, Tesla, BMW, Nissan, Honda Alphard, Mini Cooper, Mitsubishi, Lamborghini, Hiace, dan Audi.

Acara ini juga akan menyaksikan penyertaan delegasi antarabangsa dari Thailand dan Singapura.

Penganjur menjangkakan lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara akan menghadiri acara ini, sekali gus memberikan peluang besar kepada penggiat industri automotif tempatan untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka.

Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Autoshow Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Malaysia.

Selain pameran kereta, pelbagai aktiviti sampingan turut dirancang bagi memeriahkan suasana dan memberikan hiburan kepada pengunjung.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan himpunan kereta luar biasa ini dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan Malaysia Auto Fest 2024.

About The Author