AMPANG JAYA 6 Mac – Lapan tahun tunggu untuk menjadi juara akhirnya kesabaran untuk menaiki podium tertunai apabila di nobatkan juara pertandingan memancing di Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya, semalam.
Ternyata berkat kesabaran itu dipermudahkan dan Muhammad Shahrul Salam, 33 dari Sungai Buluh, Selangor dan berkerja di syarikat swasta, berjaya menaikkan ikan patin seberat 1.795 kilogram(kg) sekali gus menewaskan hampir 600 peserta yang hadir semalam.
Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM5,000.
“Sudah lama saya tunggu untuk naik podium akhirnya tercapai juga.
“Disebabkan itu saya berhasrat wang kemenangan itu dikongsikan bersama keluarga yang banyak menyokong serta persiapan perbelanjaan hari raya akan datang.
“Alhamdulillah, tak percaya saya menang kali ini, wang kemenangan ini saya akan manfaatkan sebaiknya,” katanya yang berkecimpung aktiviti memancing sejak 8 tahun lalu.
Menurutnya, dia menggunakan umpan roti berperisa stawberi sepanjang pertandingan dan spesis patin ‘bertuah’ itu dinaikkan pada 10.23 pagi selepas pertandingan bermula.
Katanya, sebelum ini dia kerap menyertai pertandingan memancing namun tidak pernah memenangi tempat pertama.
“Paling bertuah pun saya hanya dapat ranking-ranking di bawah sahaja pada tahun sebelum sebelummnya,” katanya.
“Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama mereka,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Noor Hashim Sapri, 42, dari Selayang, Selangor memenangi tempat kedua menaikkan ikan haruan seberat 860gram membawa pulang RM2,000 manakala di tempat ketiga Abu Shah Johari, 42, dari Kampong Berembang, Selangor selepas menaikkan ikan Lekoh seberat 735gram, serta membawa pulang RM1,000.
Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari itu turut disertai oleh kaki-kaki pancing dari luar Selangor termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.
Antaranya spesis yang dinaikkan oleh para peserta seperti ikan Patin, Haruan, Lekoh, Puyu, Raja, Tilapia, Ikan Bandaraya, Ketutu, Lampam dan Peacock Bass.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, penganjuran Cabaran Joran Ampang Jaya 2023 diharap dapat tingkatkan promosi pelancongan domestik di kawasan tasik di Ampang Jaya amnya.
Selain merapatkan hubungan kekeluarga dan masyarakat sambil memancing, peserta juga berpeluang beriadah serta menikmati keindahan kawasan tasik bersama keluarga selain memperkenalkan taman tasik rekreasi ini.
“Saya puas hati dengan sambutan daripada para kaki pancing terhadap pertandingan ini.
“Sambutan yang sangat baik itu turut disertai oleh pelbagai bangsa dan usia.
“Malah beliau bersetuju acara pertandingan memancing dalam Cabaran Joran Ampang Jaya dijadikan acara tahunan memandangkan sambutan yang diterima sangat baik.,” katanya lagi.
Program anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 21 ini bertujuan mempromosikan sukan memancing di kalangan kaki pancing serta sebagai satu platform untuk mempromosikan Taman Pandan Perdana, Ampang Jaya kepada penduduk sekitar.
Hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Setiausaha MPAJ, Julaihah Jamaludin (tiga dari kanan),