SENDAYAN, 20 Sep –Kursus pengurusan jenazah ini tidak lain bertujuan untuk memberi kesedaran serta pengetahuan kepada peserta tentang kepentingan pengurusan jenazah yang betul kerana ia amat dituntut.
Selain itu kursus ini diharap memberikan keinsafan kepada peserta bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Program yang dianjurkan pada, hari ini telah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan.
Program ini telah dikendalikan oleh Penceramah KAGAT, Ustazah Hajjah Maimon Mahmod yang berpengalaman lebih dua puluh (20) tahun menyampaikan ceramah dan praktikal kepada para peserta di seluruh negara.
Sepanjang kursus itu, beliau berkongsi ilmu dan pengalaman secara teori dan praktikal pengurusan jenazah dari mandi, mengkafankan, solat dan pengkebumian.
“Pengurusan jenazah adalah sesuatu yang sangat mudah dan bukanlah sesuatu yang rumit seperti sesetengah masyarakat fikirkan”.katanya.
Eksekutif, MSS merangkap Penasihat BAKEMASS, Ahmad Naim Azlan berkata,seramai 35 peserta mengikuti kursus itu yang mendapat kerjasama Masjid Sri Sendayan dan Badan Khairat Kematian, Kariah Masjid Sri Sendayan (BAKEMASS) sebagai penganjur bersama.
“Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah secara teori dan praktikal.” katanya.
“Melahirkan rasa tanggungjawab dan hubungan kerjasama antara peserta berkaitan aspek fardhu kifayah”. katanya lagi.
Pengerusi, BAKEMASS, Jamaludin Jaapar ketika ditemui berkata, peserta diajar teori pengurusan jenazah selain latihan praktikal bagi memudahkan pembelajaran.
“Mengurus jenazah memerlukan seseorang yang kuat semangat dan bersifat amanah kerana mereka bertanggungjawab bermula dari proses memandikan jenazah sehingga kafan sebelum disembahyangkan.
“Kita berpuas hati kursus kali kedua mendapat sambutan baik ini dihadiri seramai 35 jemaah, melangkaui jangkaan awal iaitu hanya 30 orang malah dapat lahirkan ramai lagi muslimah mampu untuk menguruskan jenazah,” katanya.
Para peserta amat berpuas hati sepanjang kursus ini berlangsung kerana mereka mendapat lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara pengurusan jenazah yang mengikut syariat Islam.
Program telah tamat sepenuhnya sekitar jam 4.30 petang. Sebelum bersurai, para peserta telah diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan dan bukti penyertaan kursus.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Pengerusi BAKEMASS, Jamaludin Jaapar.
Penduduk Bandar Sri Sendayan yang ingin menyertai kursus dan program di bawah BAKEMASS boleh melayari facebook https://www.facebook.com/Badan-Khairat-Kematian-Kariah-Masjid-Sri-Sendayan.