RM22,000 MENANTI KAKI PANCING AHAD INI SEMPENA FIESTA JORAN SELANGOR 2025

0
95
Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Julaihah Jamaludin (Kiri 1), Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling dan yang dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Fraser Valley KKB, Tan Sri Haji Mahamad Fathil bin Dato Mahmood melepaskan ikan Tapah bersaiz dua hingga tiga kilogram baru-baru ini.

Shah Alam – Fiesta Joran Selangor (FJS) 2025 anjuran Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd tampil dengan pelbagai acara yang disediakan untuk orang ramai yang hadir bagi memeriahkan pertandingan memancing dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM22,000, termasuk RM8,000 untuk juara, naib juara (RM2,000), dan tempat ketiga (RM1,000).

Bagi pemenang keempat hingga ke-10 pula, mereka menerima RM200, ke-11 hingga ke-30 (RM150) dan ke-31 hingga ke-100 (RM100).

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling (tengah) bersama barisan AJK Fiesta Joran Selangor bersama rakan strategik giat mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025 di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru, Selangor Ahad ini.

Acara yang bakal berlangsung di Tasik Fraser Valley pada 9 Februari 2025 ini turut menawarkan 20 hadiah cabutan bertuah berupa baucar penginapan, tiket pelancongan dan TV 32 inci sumbangan penaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling berkata, sasaran 8 juta pelancong untuk Tahun Melawat Selangor (TMS) bagi tahun 2025.

Fiesta Joran Selangor merupakan salah satu acara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama kaki pancing hadir di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahu, Negeri Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling dan Pengurus Besar, Fraser Valley KKB, Hajjah Rohana Usop bakal menerima kehadiran para peserta dan keluarga pada Ahad ini sempena Fiesta Joran Selangor sekaligus merancakkan Tahun Melawat Selangor 2025.

“Selain memancing, pihak penganjur turut menyediakan lebih sepuluh acara antaranya VR Games, Face painting, Kereta Battery, Sand Ard, Clown, Giant Bubble, Sauk Ikan, Soopa Doopa, Nerf Gun dan Memanah.

“Acara Fiesta Joran Selangor yang diadakan di lokasi tersebut juga diadakan bertujuan untuk mempromosi pelancongan dan ekonomi tempatan, terutamanya sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025).

“Acara ini diharap dapat memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menurut beliau lagi, “tasik ini menjadi sebutan kaki pancing kerana mempunyai spesies berharga seperti tilapia, patin, belida, haruan, rhu, toman, keli serta ketutu yang sedia ada,” kata Chua ketika melepaskan ikan tapah bersaiz tiga hingga empat kilogram (kg) yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Selangor.

“Menariknya bagi kaki pancing yang berjaya menaikkan ikan tapah yang dilepaskan hadiah misteri pula menanti selain ranking hadiah wang tunai yang ditawarkan,” katanya lagi.

Kaunter pendaftaran akan dibuka Sabtu ini, 8 Februari 2025, jam 3.00 petang hingga 7.00 malam dan esoknya, 9 Februari 2025, jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Chua optimis FJS 2025 akan menjadi platform mempromosikan pelancongan negeri dan mengukuhkan Selangor sebagai destinasi pilihan utama pada tahun 2025.

Tasik Fraser Villay yang terletak di kawasan berbukit dengan hutan hujan tropika turut menawarkan suasana semula jadi yang memukau, menjadikannya lokasi strategik untuk memancing sambil menikmati keindahan alam.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook JoranKL atau dengan menghubungi urus setia menerusi talian 013-266 7011, 012-355 4946, atau 012-284 6811. 

About The Author