RM25,500 MENANTI KAKI PANCING DI CABARAN JORAN SELANGOR 2025

0
156
Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan bin Hj. Hassan (Gambar)

PETALING JAYA, 22 Sept – Lebih 500 kaki pancing dari seluruh negara dijangka menyertai Cabaran Joran Selangor 2025 yang akan berlangsung pada Ahad ini, 28 September di Tasik Bandaran Kelana Jaya.

Pertandingan memancing tahunan itu dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Kembara Media Events, dan bakal menjadi antara acara tumpuan dalam kalendar sukan rekreasi serta pelancongan domestik.

Acara ini menawarkan jumlah hadiah tunai melebihi RM25,500. Juara bakal membawa pulang RM10,000, naib juara menerima RM3,000 manakala tempat ketiga akan membawa pulang RM1,000.

Menariknya, hadiah turut ditawarkan hingga ke tempat ke-100, sekali gus membuka peluang kemenangan kepada semua peserta tanpa mengira tahap pengalaman.

Sebagai tambahan, peserta juga berpeluang memenangi tiga unit televisyen 32 inci menerusi cabutan bertuah sepanjang acara berlangsung.

Sebahagian kaki pancing yang menyertai bulan Februari, 2025 yang lalu sekali lagi bertandang ke Tasik Bandaran Kelana Jaya, PJ, Ahad nanti.

Bagi edisi kali ini, tiga buah tasik utama di Kelana Jaya akan dibuka khas bagi pertandingan, memberi lebih ruang dan pilihan kepada para pemancing.

Februari lalu, seekor ikan patin seberat 13.305 kilogram dinobatkan juara.

Tasik-tasik tersebut dihuni pelbagai spesies ikan bersaiz mega seperti patin, keli, jelawat, belida dan banyak lagi, menjadikannya antara lokasi pilihan utama kaki pancing tegar.

Untuk rekod, pada pertandingan Februari lalu, seekor ikan patin seberat 13.305 kilogram dinobatkan juara. Adakah rekod itu mampu dipecahkan Ahad ini?

Menurut , penganjuran acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memperkukuh hubungan kekeluargaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat menerusi sektor pelancongan.

Beliau berkata, program seumpama ini juga merupakan usaha MBPJ dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan, selain menjadikan Petaling Jaya sebagai destinasi riadah keluarga dan rekreasi air yang menarik.

Tambah beliau, Tasik Bandaran Kelana Jaya merupakan kawasan riadah yang popular dalam kalangan warga kota dan sering menjadi lokasi bersantai, bersenam dan berkelah.

Penyertaan hanya dikenakan bayaran RM70 bagi satu joran (dua mata). Kaunter pendaftaran akan dibuka pada Sabtu, 27 September, dari jam 3 petang hingga 7 malam, dan disambung pada hari pertandingan bermula jam 6.30 pagi.

Sebanyak 500 helai t-shirt eksklusif turut diberikan kepada peserta yang mendaftar awal sebagai penghargaan atas sokongan mereka terhadap program ini.

Cabaran Joran Selangor 2025 juga mendapat sokongan Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Selangor 2025, selain kerjasama pelbagai agensi serta rakan strategik yang komited dalam memperkasa industri pelancongan negeri.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi
Syukur – 013-2667011, Jas – 012-3554946 dan Ali – 012-2846811.

About The Author