KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Sejak kebelakangan ini, ramai para petani mahupun peniaga kecil berada dalam kerisauan untuk memasarkan produk serta hasil tani mereka sepanjang negara berdepan ancaman pandemik Covid-19.
Pelanggan yang semakin berkurangan gara-gara sebahagian premis perniagaan yang berasaskan hasil tani tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa dan ia telah mengakibatkan pendapatan golongan ini terjejas teruk.
Pasar-pasar basah juga dihadkan waktu operasinya dan situasi tersebut turut mendorong pemilik premis perniagaan di pasar berkenaan mengurangkan tempahan mereka daripada para pembekal terutamanya yang berasaskan hasil pertanian.
Simpati dengan masalah yang dihadapi oleh para petani mahupun peniaga kecil itu, My Pasar Borong kini membuka peluang kepada mereka untuk memasarkan terus produk keluaran mereka kepada pengguna secara atas talian.
My Pasar Borong yang beroperasi secara atas talian, menjual pelbagai produk basah dan kering dengan khidmat penghantaran terus yang efisen kepada para pengguna.
Justeru, bagi memudahkan para petani memasarkan produk keluaran mereka, My Pasar Borong mempelawa golongan berkenaan untuk mendaftar sebagai vendor bagi memastikan produk mereka dapat dipasarkan terus kepada para pengguna.
“Mereka boleh menjual apa sahaja produk hasil tani mereka menerusi aplikasi pasar atas talian My Pasar Borong seperti cili, serai, sayur-sayuran dan yang lainnya. Mereka tidak perlu menghantar setiap pesanan kepada para penggunakan kerana ia akan diuruskan oleh pasukan penghantar My Pasar Borong.
“Proses pendaftaran untuk menjadi vendor ‘My Pasar Borong Vendor’ amat mudah dan mereka hanya perlu memuat turun aplikasi My Pasar Borong di Google Play Store atau Aple Store dan ikut arahan pada diskripsi pendaftaran sebaai vendor. Tiada caj dikenakan untuk mendaftar sebagai vendor dan prosesnya sangat mudah dan efisen,” jelas pihak pengurusan My Pasar Borong.
Untuk menjadi vendor, para peniaga hanya perlu mengisi maklumat mengenai kedai mereka dengan tepat dan juga produk-produk yang mahu dijual.
Sebaik permohonan diterima, pihak My Pasar Borong akan menghubungi anda bagi tujuan pengesahan kedai, barangan yang dijual serta tawaran kontrak sebagai vendor.
Jika semua proses sudah selesai, akaun vendor akan diaktifkan dan vendor boleh memulakan urusan memuat naik barangan jualan dalam ‘store’ yang telah didaftarkan dalam My Pasar Borong Vendor.
Selain membuka peluang kepada golongan petani, My Pasar Borong turut menawarkan peluang sama kepada peniaga kecil yang mengeluarkan produk-produk seperti kuih tradisional, keropok serta produk kering yang lainnya.
Peluang ini turut dibuka kepada semua petani mahupun peniga kecil yang berada di luar Lembah Klang
Dengan pelawaan sebagai vendor, pihak My Pasar Borong berharap agar golongan petani serta peniaga kecil yang terkesan untuk memasarkan produk mereka sepanjang ancaman pandemik Covid-19 ini dapat meneruskan aktiviti mereka dengan para pengguna tanpa halangan menerusi penjualan terus secara atas talian.
Bagi memudahkan proses pendaftaran sebagai vendor, berikut panduan yang perlu diikut oleh para pemohon:
- Muat turn aplikasi ‘My Pasar Borong Vendor’ di Google Play.
- Isikan maklumat mengenai kedai/store dengan betul.
- Pihak My Pasar Borong akan menghubungi anda untuk pengesahan perniagaan anda dan juga kontrak.
- Jika selesai, akaun akan diaktifkan dan vendor boleh memasukkan maklumat barangan dalam store yang telah didaftarkan dalam aplikasi My Pasar Borong Vendor.