PUSINGAN 3 CUB PRIX TETAP JADI TARIKAN

0
30

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia Pusingan 3 membuka tirai di LYL International Karting Circuit, Bandar Sg. Long, Cheras hari ini.

Ini merupakan kali pertama Cub Prix dilangsungkan di litar serba canggih ini yang lebih banyak digunakan untuk menganjur kejuaraan Go-Kart antarabangsa.

Menariknya, berdekatan dengan litar ini terdapat sebuah resort -Monkeys Canopy Resort yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa pada setiap hujung minggu.

Situasi ini menambahkan lagi kemeriahan saingan Pusingan 3 ini yang turut dikunjungi tetamu-tetamu yang menginap di resort ini.

Venue baharu, semangat baharu dan persaingan dalam kalangan pelumba juga pasti berbeza kerana sebahagian besar daripada mereka masih belum memahami sepenuhnya selok-belok litar yang dianggap agak mencabar ini.

Sepanjang saingan Pusingan 3 ini nanti, para pengunjung bukan sahaja bakal menikmati aksi hebat daripada para pelumba di litar perlumbaan, tetapi turut disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan daripada rakan-rakan penaja di tapak promosi kejuaraan ini.

Pelbagai booth promosi terdapat di situ termasuk PETRONAS yang menyajikan aktiviti menarik buat para pengunjung. Booth-booth lain yang turut mempunyai aktiviti tersendiri termasuk Cardinals, Maxxis, Presa, Ranger, Samurai, Perkeso, Red Bull, Yamaha, Honda, RKM, RCB dan Cub Prix Merchandising.

Cub Prix Merchandising pula menjual cenderahati serta baju-T Cub Prix dengan pelbagai corak untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan menerusi pembelian Happy Bag yang dijual pada harga RM65.

Happy Bag yang bernilai lebih RM150, mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir PETRONAS Sprinta, minuman bertenaga Ranger, baucar diskaun penginapan di Monkeys Canopy Resort, stiker Cub Prix dan juga kupon untuk menyertai cabutan bertuah.

Setiap pembelian untuk satu Happy Bag, akan diberikan satu kupon cabutan bertuah manakala untuk pembelian dua bag bakal mendapat tiga kupon.

Lebih banyak pembelian, lebih cerah peluang untuk menang hadiah cabutan bertuah Happy Bag ini yang akan dilangsung esok (Ahad) pada jam 4.30 petang di pentas utama tapak promosi kejuaraan ini.

Hadiah utama merupakan sebuah motosikal Honda RS-X serta beberapa hadiah sampingan yang lain.

Selain jualan merchandising Cub Prix, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mewarna buat kanak-kanak berusia 5 hingga 13 tahun dan juga Food Truck.

 

About The Author