SEMPENA Tahun Melawat Melaka ni, tentu ramai yang singgah di sana- sini mencari hidangan lazat sentuhan air tangan dan gourmet tempatan.
Bagi yang berada di sekitar Air Keroh hujung minggu ini (Ahad 20 Oktober), lokasi terhimpunnya pelbagai tarikan pelancongan alam semulajadi termasuk Zoo Negeri Melaka, jangan lupa singgah dan tinjau Taman Botanikal Melaka.
Ada satu aktiviti menarik berlansung setiap hari Ahad di sini nanti.!
Komuniti yang proaktif kepada kecergasan fizikal dan kecantikan penampilan luaran dan dalaman, boleh singgah dan serta sessi Senamrobik Coach Linda bermula jam 5.00 hingga 6.00 petang.
Bawa pakaian selesa dan minuman sahaja, selainnya Coach Linda akan pandu anda ke arah gaya hidup sihat berpanjangan.
Di mana sahaja anda berada, kesihatan minda dan fizikal perlu diutamakan, walaupun terambil lebih kalori kerana semuanya menyelerakan di Melaka Bandaraya Bersejarah dan indah ini.
Kepada anak negeri Melaka, ambil peluang ini berekreasi cara sihat bersama ahli keluarga, anak-anak dan warga emas, mereka semua perlukan pengenalan lestari kepada gaya hidup positif, kekal sihat dari kecil hingga dewasa.
Pengunjung yang biasa jogging di Taman Botanikal di hujung minggu pula, jangan segan silu untuk menyertai sessi Senamrobik Coach Linda ini.
Ada kaunter informasi senamrobik untuk anda dapatkan maklumat bagi meneruskan aktiviti ini pada minggu-minggu berikutnya secara konsisten.
Jangan Lupa bawa pakaian sesuai, ! Coach Linda juga ada minuman kesihatan pembakar lemak yang sangat efektif untuk anda cuba di sana.
Ada banyak produk kesihatan di sana nanti, singgah dan sertailah senamriang bersama keluarga di hujung minggu.
JOM… Kita dengar apa nasihat Coach Linda Gym Jelatang yang sangat berpengalaman tentang mengawal lemak dan diet pemakanan sihat.
Kita jumpa di sana.!