BUFFET RAMADAN DI RESTORAN PIZZA VS SATAY USJ11 MEMANG TERBAIK

0
2659

KUALA LUMPUR, 17 April – Ikan masak lemak cili api, satay ayam, kambing golek, ayam goreng ala bali dan banyak lagi – itu antara menu istimewa di Restoran Pizza vs Satay yang terletak di USJ11 Subang Jaya, Selangor.

Menu khas itu merupakan sajian istimewa sepanjang bulan Ramadan tahun ini di restoran yang menyediakan masakan barat dan tempatan itu.

Para pengunjung yang berhasrat untuk berbuka puasa di restoran berkenaan mempunyai dua pilihan iaitu menempah makanan mereka menerusi ala carte atau buffet – dan harganya amat terjangkau.

Pilihan sepanjang bulan Ramadan ini sudah pastinya hidangan buffet kerana harganya amat berpatutan iaitu RM42.90 sekepala untuk orang dewasa dan RM23.90 untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Buffet Ramadan itu bermula pada hari Jumaat lalu dan sambutannya sangat menggalakkan.

Menu-menu lain termasuk kuih-muih, pizza, buah-buahan, minuman sejuk dan panas dan juga bubur kacang merah sebagai pembuka selera.

Sejak restoran berkenaan memperkenalkan Buffet Ramadan dua hari hari lalu, sambutan orang ramai amat memberangsangkan.

Kesemua meja yang disediakan penuh dengan pelanggan, malah turut mendapat tempahan daripada pejabat-pejabat swasta dan kerajaan berdekatan.

Maklum balas daripada pelanggan yang sempat ditemui juga amat positif dan ramai yang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.

“Harganya amat berpatutan dan setiap masakan menepati citarasa semua pelanggan. Enak dan sedap,” jelas seorang pelanggan yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, kambing golek dan ikan masak lemak cili api adalah yang terbaik termasuk ayam goreng madu.

“Rasanya juga enak dan sangat menyelerakan. Bagi saya, semua menu yang disediakan memang terbaik. Adunan rempah dalam setiap masakan juga seimbang, segar, dan setiap suapan memang terasa aromanya. ,” jelasnya lagi.

Selain menu khusus untuk Buffet Ramadan, restoran tersebut juga menyediakan hidangan lain menerusi tempahan ala carte.

Hidangan yang wajib dicuba termasuk Nasi Lambak dengan ‘topping’ ayam atau makanan laut. Nasi Ikan Masam Manis, Nasi Goreng Kerabu Ayam Percik juga antara menu popular yang disediakan di restoran berkenaan.

Sepanjang bulan Ramadan ini, fokus mereka adalah kepada hidangan buffet kerana ia memudahkan pelanggan mereka untuk membuat pilihan.

Selepas dua hari, kambing golek tetap menjadi pilihan kerana tahap kematangannya memenuhi citarasa semua pelanggannya.

Selain itu, Restoran Pizza vs Satay juga menerima tempahan daripada sektor korporat yang berhasrat mengadakan majlis berbuka puasa dan setiap tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal.

Bagi pelanggan yang berhasrat untuk berbuka puasa di restoran berkenaan, mereka boleh membuat tempahan meja menerusi talian 03-56388848 atau 017-3134779.

Apa yang pasti, Restoran Pizza vs Satay menyediakan hidangan yang menyelerakan pada harga yang amat terjangkau. Anda akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan selain sikap pekerjanya yang ramah melayan kunjungan para pelanggan.

Ayuh, tempah sekarang sebelum terlambat!

Nasi Goreng Kerabu Ayam Percik
Nasi Ikan Masam Manis

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here