KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pasar atas talian – My Pasar Borong kini bukan sahaja menawarkan pelbagai produk keperluan harian kepada pelanggannya tetapi turut melebarkan perkhidmatan dengan membuka peluang kepada peniaga kecil untuk berdaftar sebagai vendor.
Para peniaga kecil sekitar Lembah Klang yang berhasrat untuk menambahkan pendapatan mereka, dipelawa untuk tampil sebagai rakan vendor dengan My Pasar Borong, sekali gus dapat membantu memperluaskan pasaran terhadap produk yang mereka jual.
Untuk mendaftar sebagai vendor, prosesnya sangat mudah dan My Pasar Borong juga tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran.
Para peniaga kecil hanya perlu memuat turun aplikasi ‘My Pasar Borong Vendor’ daripada Google Play Store dan Apple Store, selepas itu ikut arahan yang tertera pada diskripsi pendaftaran sebagai vendor.
Para peniaga hanya perlu mengisi maklumat mengenai kedai mereka dengan tepat dan juga produk-produk yang dijual.
Sebaik permohonan diterima, pihak My Pasar Borong akan menghubungi anda bagi tujuan pengesahan kedai, barangan yang dijual serta tawaran kontrak sebagai vendor.
Jika semua proses sudah selesai, akaun vendor akan diaktifkan dan vendor boleh memulakan urusan memuat naik barangan jualan dalam ‘store’ yang telah didaftarkan dalam My Pasar Borong Vendor.
Setiap vendor dinasihatkan supaya meletakkan harga jualan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
My Pasar Borong yang mula beroperasi sejak Disember tahun lalu, merupakan pasar atas talian yang menjual barangan keperluan harian para pengguna.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah dengan caj yang sangat minimum.
Kini, My Pasar Borong bukan sahaja menjual barangan basah seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran serta makanan laut, tetapi turut menjual keperluan-keperluan harian yang lain.
My Pasar Borong adalah Hyper Market atas talian yang kini menjadi pilihan para suri rumah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Berikut 4 cara mudah untuk mendaftar sebagai vendor My Pasar Borong:
- Muat turn aplikasi ‘My Pasar Borong Vendor’ di Google Play.
- Isikan maklumat mengenai kedai/store dengan betul.
- Pihak My Pasar Borong akan menghubungi anda untuk pengesahan perniagaan anda dan juga kontrak.
- Jika selesai, akaun akan diaktifkan dan vendor boleh memasukkan maklumat barangan dalam store yang telah didaftarkan dalam aplikasi My Pasar Borong Vendor.