CABARAN JORAN 3R SWM ENVIRONMENT CAPAI MATLAMAT

0
1107
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail bin Mokhtar dan Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Norlisam Bin Mohd Nordin kepada semua pemenang Cabaran Joran 3R dan pemenang cabutan bertuah.
Timbalan Menteri KPKT, YB Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj. Abd Muttalib (tiga dari kiri) bersama Pengerusi SWCorp, Datuk Rizalman Mokhtar (Tiga dari Kanan) memegang ikan patin dan pacu yang bersaiz 8 kilogram dan 12 kilogram ahad lalu dalam Cabaran Joran 3R SWM 2022.

KUALA LUMPUR, 19 JULAI – Cabaran Joran 3R SWM Environment yang telah berlangsung sempena Karnival Bersamamu di Taman Tasik Permaisuri pada Ahad lalu berjaya mengumpulkan 821kg barangan kitar semula melalui 850 penyertaan sekali gus mencapai matlamat penganjuran.

Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment, Ho De Leong berkata penerapan elemen kitar semula sebagai syarat pertandingan menjadikan Cabaran Joran 3R pada kali ini berbeza dengan pertandingan memancing yang lain.

Beliau amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh para peserta yang membawa barangan kitar semula semasa mendaftar sekaligus memberi kesedaran kepada semua pihak tentang amalan kitar semula.

Sebahagian 850 peserta yang hadir menunjukkan komitmen memberikan sokongan dalam pertandingan memancing Cabaran Joran 3R SWM 2022

“Pertandingan memancing ini merupakan salah satu platform untuk memupuk kesedaran pengasingan sisa dipunca dan amalan kitar semula melalui inisiatif 3R (Reduce, Reuse dan Recycle).

“Para peserta dilihat turut mengasingkan barangan kitar semula mengikut kategori seperti tin, kertas dan botol ketika sesi pendaftaran membuktikan bahawa setiap masyarakat peka tentang kaedah kitar semula.” Jelasnya.

Krew bertugas membawa pemancing dan ikan ke meja hakim untuk di timbang.

“Karnival Bersamamu anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan pembersihan Awam (SWCorp) turut menekankan penjagaan kebersihan persekitaran agar setiap masyarakat dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih dan sejahtera.

“Melalui Karnival Bersamamu, masyarakat boleh mendapat maklumat tentang pengasingan sisa dipunca, pengurusan sisa sampah yang betul dan panduan amalan kitar semula di ruang pameran yang turut disediakan pada hari karnival tersebut, ujarnya lagi.

Cabaran Joran 3R yang berlangsung selama empat jam bermula 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari menerima sambutan yang luar biasa dari para pengunjung yang ingin melihat pelbagai spesis ikan berjaya dibawa naik dari Taman Tasik Permaisuri.

Para peserta begitu komited membawa barangan kitar semula seberat 1 kg sebagai syarat menyertai pertandingan memancing ini.

Pelajar dari Hulu Langat, Selangor, Muhammad Liwauddin Hamdi, 22, berjaya membawa naik ikan patin seberat 12.456-kilogram menjadikan beliau juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 sekaligus menewaskan 850 peserta yang lain dalam Cabaran Joran 3R SWM Environment.

Tempat kedua dimenangi oleh Azrul Bin Che Ali, 36, dengan ikan patin seberat 12.155-kilogram dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohammad Imaduddin Izzul Bin Mohd Adnan Islam, 20, selepas menaikkan patin seberat 10.860-kilogram dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Gembira, Dua ekor ikan patin bersaiz mega berjaya dinaikkan oleh kaki pancing di Tasik Permaisuri, KL

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail bin Mokhtar dan Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Norlisam Bin Mohd Nordin kepada semua pemenang Cabaran Joran 3R dan pemenang cabutan bertuah.

Terdahulu, SWM Environment turut melepaskan sebanyak 600-kilogram ikan bersaiz empat hingga ke tujuh kilogram ke dalam Tasik Permaisuri sebagai simbolik kepada pertandingan Cabaran Joran 3R.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here