CABARAN JORAN 3R MERIAHKAN KARNIVAL BERSAMAMU.

0
1192
Poster Cabaran Joran 3R - pertandingan memancing yang akan berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2022.

KUALA LUMPUR: – Membudayakan amalan kitar semula menjadi fokus utama SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) sebagai penganjur Cabaran Joran 3R – pertandingan memancing yang akan berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2022.

Ia sempena hari ulang tahun penubuhan ke-14 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui program Karnival BersamaMu.

Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment, Ho De Leong

Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment, Ho De Leong berkata pertandingan memancing ini adalah untuk memupuk kesedaran penjagaan kebersihan dan amalan kitar semula melalui inisiatif 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) agar budaya amalan pengasingan sisa di punca dan kitar semula dapat diterapkan dalam kehidupan harian terutamanya kepada para kaki pancing kali ini.

“Pembudayaan yang menekankan tanggungjawab kendiri bagi memastikan keadaan persekitaran bersih dari sampah sarap dapat membantu mengekalkan kebersihan sumber air yang juga menjadi nadi kepada hidupan marin.

“Melalui Cabaran Joran 3R ini, peserta perlu membawa minimum 1kg barangan kitar semula seperti kertas, tin dan botol.

“Peserta juga wajib membawa botol air dan bekas makanan sendiri serta memastikan tempat memancing mereka bersih.

“Kita meletakkan sasaran seramai 700 penyertaan dan pendaftaran akan dibuka pada Sabtu 16 Julai sehingga ke hari pertandingan dengan yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM40 bagi setiap satu Joran.” jelasnya.

Katanya lagi, “Konsep pertandingan adalah hadiah sapu bersih dan sebanyak RM20,000 hadiah wang tunai ditawarkan kepada para pemenang serta hadiah cabutan bertuah antaranya TV LED 43 inci, mesin pancing, termasuk 500 baju untuk pendaftaran awal”.

“Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, naib juara, RM3,000 manakala pemenang tempat ketiga RM1,000.

“Pemenang keempat hingga kesepuluh akan menerima RM200 dan kesebelah hingga ke dua puluh RM150. Bagi pemenang di tempat kedua puluh satu hingga ke 100 pemenang akan menerima RM100. Konsep pertandingan adalah hadiah sapu bersih.

Sasaran seramai 700 penyertaan akan memeriahkan Cabaran Joran 3R 2022, pada 17hb Julai depan di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

“Hadiah khas untuk pemenang Ikan keli turut disediakan sehingga ditempat ke sepuluh.

Menurutnya, Karnival Bersamamu anjuran SWCorp ini memfokuskan kepada agenda kesedaran masyarakat terhadap amalan penjagaan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar selaras dengan Dasar Kebersihan Negara 2030.

500 helai T-Shirt disediakan oleh pihak penganjur bagi pendaftaran awal nanti.

“Pihak penganjur utama telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan larian, basikal, sukan rakyat dan lain-lain.

“Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Kuala Lumpur dengan aktiviti sihat.” Jelasnya lagi

Untuk pertanyaan berkaitan pertandingan Cabaran Joran 3R, orang ramai boleh menghubungi urusetia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here