JANGAN AMBIL MUDAH KEBEBASAN – MKN

0
571

KUALA LUMPUR 14 April – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menjelaskan bahawa pengangkutan awam khususnya sektor penerbangan dibenarkan beroperasi kapasiti penuh.

Dalam satu kenyataan ringkas menerusi aplikasi SMS MKN, badan keselamatan negara itu menegaskan bahawa pihak terbabit perlu atau wajib memenuhi SOP yang telah ditetapkan.

Para pengguna pengangkutan awam wajib memakai pelitup muka, mengambil suhu bdan serta sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman.

Jika didapati gagal mematuhi SOP yang telah di tetapkan, pihak MKN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Dalam perkembangan lain, badan keselamatan negara itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan kebebasan rentas negeri.

Semua pihak wajar mengamalkan kawalan kendiri serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika berada di kampung halaman.

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here