Jeram Berungut, Taman Negeri Kenaboi, Jelebu produk pelancongan Jelebu

0
2914
Gembira..kepuasan dirasai para peserta dalam program ini.

Majlis Daerah Jelebu telah menyertai Lawatan Ke Jeram Berungut, Taman Negeri Kenaboi, Jelebu pada 26 Februari 2020 (Rabu) anjuran Pejabat Daerah Jelebu.

Lawatan ini diadakan sempena Program Sambutan Bulan Keputeraan DYMM Yang Di- Pertuan Besar Negeri Sembilan Peringkat Daerah bagi tahun 2020.

Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu, Puan Nurul Huda binti Mus berkata Jeram Berungut adalah aset paling berharga yang terdapat di daerah Jelebu yang mempunyai potensi untuk dipromosikan kepada pelancongan dalam dan luar negara.

“Beliau yakin dengan adanya Jeram Berungut ini dapat menaikkan nama daerah Jelebu selagi gus gamik pelancongan yang inginkan suasana damai yang terdapat di jeram ini.”

Para peserta perlu berkumpul di Pejabat Daerah Jelebu mulai jam 7.00 pagi seterusnya bertolak ke Taman Negeri Kenaboi, Chennah yang mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki pacuan empat roda.

Setibanya di Taman Negeri Kenaboi,

Juadah yang disediakan dalam buluh turut disajikan kepada para peserta

peserta terlibat diberikan taklimat ringkas serta jaket keselamatan oleh kakitangan Jabatan Hutan Daerah Jelebu. Untuk ke Jeram Berungut, para peserta perlu melalui jalan hutan selama 20 minit dan kemudiannya melalui laluan sungai selama 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Sesi pelepasan ikan oleh Jabatan Perikanan Daerah Jelebu juga telah diadakan di Jeram Berungut sebagai simbolik pelancaran program tersebut. Perjalanan balik peserta dari Jeram Berungut disambut dengan aktiviti survival camp dari Pasukan Survival Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Pelbagai juadah yang dimasak menggunakan buluh disajikan kepada peserta. Pasukan Survival juga membuat demonstrasi cara menghidupkan api menggunakan tumbuhan hutan kepada peserta lawatan.

 

Laluan jeram, para peserta diuji trek yang disediakan menuju ke dentinasi.

Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Daerah Jelebu merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu, Puan Nurul Huda binti Musa dan Setiausaha Majlis Daerah Jelebu, Encik Mohammad Zainoor bin Zaimuddin, Encik Norshazlee bin Roslee Pegawai Hutan Daerah (Jelebu) Negeri Sembilan daerah Utara dan melibatkan Lembaga Perindustrian Nenas Negeri Sembilan/Melaka, Jabatan Perikanan Daerah Jelebu serta lain-lain Agensi/Jabatan Daerah Jelebu.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here