Igloo tawarkan hadiah wang tunai RM24,000.00 untuk kaki pancing 8 Mac ini.

0
1494

Hadiah bernilai RM24,000.00 menanti para peserta dalam pertandingan memancing Cabaran Memancing Igloo 2020 di Tasik YDP Slim River, Perak pada 8 Mac minggu depan.

1000 peserta dijangka hadir memeriahkan Cabaran Pancing Igloo 2020

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor truja dapat bersama kaki pancing di Slim River kali ini.

Pertandingan yang dianjurkan oleh UFL- Universal Fitness & Leisure mendapat sokongan Pejabat Tanah Dan Daerah Muallim menawarkan hadiah RM10,000 untuk juara, kedua sebanyak RM3,000 dan ketiga sebanyak RM1,000. Tempat ke 4 akan membawa pulang RM400, tempat ke 5-10 sebanyak RM200.00. Manakala tempat ke 11-80 sebanyak RM100 selain tempat ke 81 hingga ke 100 akan menerima produk Igloo.

Bagi hadiah khas spesis ikan keli turut disediakan hadiah, juara menerima RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100 beserta hadiah iringan.

Selain wang tunai yang disediakan sebanyak 500 helai baju T bagi peserta yang mendaftar awal selain cabutan bertuah lebih RM10,000 disediakan kepada peserta bertuah sumbangan penganjur.

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor berkata ini merupakan satu penganjuran memancing edisi kedua yang di anjurkan oleh pihak UFL-Igloo Malaysia. Kali pertama telah diadakan di Pantai Remis, Kuala Selangor dan disertai lebih 2,000 kaki pancing.

“Penganjuran Igloo Fishing Competition 2020 kali ini diadakan di Tasik YDP, Slim River yang dijangka akan disertai lebih dari 1,000 peserta dari seluruh negara dan saya percaya acara ini akan berlangsung dengan jayanya.”

Lebih RM10,000 produk Igloo nantikan para peserta
Barangan cabutan bertuah dan iringan bernilai lebih RM10,000 menanti para peserta.

“Pihak UFL komited untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan di Tasik YDP Slim River, Perak. Ini adalah salah satu usaha kami untuk mempromosikan sukan rekreasi memancing dan eko-pelancongan di Malaysia.”

“Yuran penyertaan RM60 bagi satu joran dua mata dan hadiah sapu bersih disediakan untuk kaki pancing.”

Tasik YDP, Slim River, Perak tunggu kehadiran kaki-kaki pancing seluruh negara.

“Bagi kaki pancing yang ditemui, tasik ini dihuni patin liar bersaiz mega, toman dan rohu. Selain itu beberapa spesis lain antaranya lampam, tilapia, haruan dan belida turut menghuni di tasik ini,” katanya.

500 helai tshirt tunggu peserta yang daftar awal.

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd merupakan pengedar barangan Igloo di Malaysia.

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu 7 Mac, minggu depan, bermula jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.
“Maklumat lanjut, layari laman Facebook jorankl atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811,” katanya.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here