PORT DICKSON: Peserta dari Shah Alam iaitu Encik Mohd Khairul bin Said, 34, Juruteknik memenangi hadiah utama bernilai RM12,000 dengan tangkapan seberat 0.835 gram ikan Tapak Kasut pada pukul 10.15 pagi bagi menjuarai Port Dickson Surfcasting Challenge 2021 2021.
Anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, sabtu lalu.
Kemenangan itu membolehkan Mohd Khairul berjaya menewaskan 724 peserta lain yang mengambil bahagian di sepanjang 885 meter pantai berkenaan.
“Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga dan saya berhasrat berkongsi rezeki kejuaraannya ini dengan mangsa banjir yang terkesan di Sepang yang berpengalaman memancing selama 10 tahun.,” katanya
“Saya tidak menunggu masa lama dan dalam tempoh kira-kira minit berjaya menaikkan ikan tapak kasut dan tidak sangka ia adalah ikan paling berat berjaya dipancing dalam pertandingan ini,” tambahnya lagi.
Pemenang kedua, Fadir bin Alli, 34, membawa pulang RM3,000 apabila berjaya mendaratkan ikan Daun Baru seberat 0.815 gram.
Spesis yang sama juga, Mohd Amran Bin Ibrahim, 45, pula mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000 seberat 0.785 gram.
Yang Dipertua MPPD, Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua peserta terutamanya yang datang dari luar Negeri Sembilan sekaligus membantu mempromosikan Port Dickson mengenai keindahan keindahan pantai selain memiliki pelbagai jenis ikan pesisir pantai, katanya.
Acara ini merupakan penutup program Karnival Sukan Port Dickson 2021.
Hampir 300 ekor ikan berjaya dinaikkan oleh para peserta antaranya ikan Senangi, Bayan, Tetuka, Kapas, Tapak kasut selain Daun Baru yang mendominasi keseluruhannya tangkapan para peserta di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson kali ini.
Hadiah pertandingan dan cabutan bertuah utama disampaikan oleh Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, Yang Dipertua MPPD diiiringi oleh Puan Siti Aishah binti Mohd Azam, wakil Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Encik Mohamad Hafifi Noor bin Idris, Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Ahli-Ahli Majlis MPPD.