KUALA LUMPUR, 21 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang dijadualkan tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Februari ini.
Negeri-negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko serta nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kesemua negeri berkenaan terus menunjukkan peningkatan kes positif harian Covid-19.
Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama.
