Home Berita Semasa PKP DI TUJUH NEGERI DILANJUTKAN HINGGA 4 FEBRUARI – ISMAIL SABRI

PKP DI TUJUH NEGERI DILANJUTKAN HINGGA 4 FEBRUARI – ISMAIL SABRI

0
762
KUALA LUMPUR, 21 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang dijadualkan tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Februari ini.
Negeri-negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko serta nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kesemua negeri berkenaan terus menunjukkan peningkatan kes positif harian Covid-19.
Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri juga menjelaskan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan operasi kedai makan dan restoran sehingga pukul 10 malam berkuat kuasa 22 Januari.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here