HADIAH UTAMA PJ JORAN 2025 JADI MILIK MOHD FARID

0
162

PETALING JAYA, 24 Feb – Pemancing dari Shah Alam, Mohd Farid Napie, 39, muncul juara pada pertandingan memancing PJ Joran 2025 selepas berjaya menawan ikan patin seberat 13.305 kilogram(kg).

Pertandingan yang berlangsung di Tasik Bandaran Kelana Jaya anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta piala.

Acara yang sudah memasuki edisi keenam sempenan Tahun Melawat Selangor 2025 itu telah mendapat penyertaan daripada 600 peserta dari seluruh semenanjung.

Mohd Farid ketika ditemui menjelaskan bahawa kemenangan ini adalah hasil pengalamannya yang telah berkecimpung dalam pertandingan memancing selama 12 tahun.

“Saya tidak menyangka dapat menjinakkan ikan patin seberat 13kg ini kerana umpan yang saya pakai hanyalag roti kosong sahaja. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh M. Dani Hakim Mohd Naim, 14, yang berjaya membawa pulang RM3,000 selepas berjaya menaikkan spesisi ikan kap rumput seberat 6.895kg.

Tempat ketiga pula dengan hadiah wang tunai RM1,000 dimenangi oleh Siew Yew Choe, 54, dengan hasil tangkapan kap rumput seberat 6.205kg.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan.

 

About The Author