RM10,000 MILIK HASANAN TUKIMAN

0
1289

Ikan lekoh seberat 2.1 Kilogram (kg) dinobatkan juara Cabaran Memancing Igloo 2020 di Tasik Yang Di Pertua (YDP), Slim River milik seorang kontraktor elektrik sekali gus menggondol hadiah utama, RM10,000.

Hasanan Tukiman, 52, berasal dari Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Gombak, Selangor berkata, wang kemenangan itu akan diberikan kepada isteri, Yatie Ramli, 45, yang setia menemaninya setiap kali dia menyertai pertandingan memancing di seluruh negara.

Hasanan berkata, dia menggunakan umpan dedak yang dibawa

Meriah…Hampir 700 peserta sertai Cabaran Memancing Igloo 2020

dari rumah sebagai umpan utama dalam pertandingan itu.

 

Katanya, biarpun terpaksa meninggalkan rumah awal pagi untuk menyertai pertandingan itu dia menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.

“Insya-Allah, saya akan terus menyertai mana-mana pertandingan memancing dan membawa isteri sebagai teman setia,” katanya.

Tempat kedua dimenangi Siew Yew Choe , 50 membawa pulang RM3,000 manakala ketiga dimenangi Abdullah Mustafa, 43 membawa pulang RM1,000.

Pertandingan memancing itu dianjurkan UFL-Igloo Malaysia dan UFL- Universal Fitness & Leisure dengan sokongan Pejabat Tanah dan Daerah Mualim.

Team JoranKl terlibat secara langsung membantu tugas-tugas teknikal dan media dalam merancakkan lagi industri memancing tanah air.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Muallim, Datuk Ir Dr Safry Kamal Ahmad dan turut hadir, Pengerusi Eksekutif UFL Sdn.Bhd, Datuk Abdul Malek Noor.

Pengerusi Eksekutif UFL Sdn.Bhd, Datuk Abdul Malek Noor berkata, sambutan yang diterima  dari penyertaan kaki pancing amat baik dan berharap acara ini dapat diteruskan lagi di lokasi-lokasi lain pulak.

Lebih 100 peserta dan keluarga turut serta dalam Pertandingan Mewarna Igloo 2020 bagi memeriahkan Cabaran Memancing Igloo di Tasik YDP, Slim River semalam.

“Pertandingan memancing di bawah UFL-Igloo Malaysia dan UFL- Universal Fitness & Leisure harus diteruskan lagi dan sememangnya aktiviti riadah sihat selain merapatkan hubungan silatusrahim di kalangan pemancing ketika ditemui beramah mesra dengan sebahagian kaki-kaki pancing menyertainya.

“Pihak UFL komited untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan di Tasik YDP Slim River, Perak. Ini adalah salah satu usaha kami untuk mempromosikan sukan rekreasi memancing dan eko-pelancongan di Malaysia.” katanya lagi.

Tahniah kami ucapkan yang berjaya dan yang belum tunggu lagi Cabaran Memancing Igloo siri jelajahnya…..Pacakkk!

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here