40 WANITA SAHUT CABARAN PROGRAM WANITA WAJA SELANGOR

0
301

HULU SELANGOR, 2 Sept – Sejumlah 40 orang peserta terdiri daripada wanita berumur 20 hingga 40 tahun tampil menyahut cabaran dalam program Cabaran Wanita Waja Negeri Selangor anjuran Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Selangor baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega itu berlangsung di Lata Medang Kuala Kubu Baru, Selangor.

Sepanjang program tersebut, para peserta melalui pelbagai cabaran termasuk melakukan pendakian pada ketinggian 902 kaki (275 meter).

Para peserta melalui pelbagai cabaran termasuk melakukan pendakian.

Menurut pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Nurul Atiqah Abdul Rahman, objektif program tersebut adalah untuk mendekatkan para peserta terutamanya wanita dengan alam semulajadi serta menjalankan aktiviti-aktiviti sihat.

“Program ini juga bertujuan mengalakkan para peserta untuk begiat aktif dengan aktviti penjelajahan dan pengembaraan selain mendidik mereka untuk menjaga alam sekitar.

“Sambutan sangat mengalakkan dan penyertaan terdiri daripada Agensi Kerajaan, NGO Belia dan Sukan di negeri Selangor. Para peserta mewakili agensi seperti Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Peguam Negara, UNISEL, Kelab Sukan Kecergasan Zuma Zon, UniKL, dan orang perseorangan,” katanya.

Program yang julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Hulu Selangor, Pejabat Penerangan Daerah Hulu Selangor dan Malim Gunung Hulu Selangor.

Majlis persamian program tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Julaihah Jamaludin.

 

About The Author