AKADEMI KL ROVERS MUNCUL JUARA KV MERDEKA CHALLENGE

0
489

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Skuad bawah 16 akademi Kuala Lumpur Rovers muncul juara kejohanan bola sepak Klang Valley Unity Merdeka Challenge (KV UMC) yang berlangsung di KV UMC di ibu negara baru-baru ini.

Kejohanan dua hari itu merupakan antara program sempena sambutan Hari Kemerdekaan, namun matlamat utamanya adalah untuk mencungkil bakat baharu serta memberi pendedahan kepada pemain di peringkat akar umbi merasai suasana pertandingan sebenar.

Beberapa kategori umur dipertandingkan meliputi pemain berusia bawah lapan tahun sehingga 16 tahun.

Bagi kategori bawah 14 tahun, pasukan DACS Gombak berjaya menjadi juara manakala Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers pula menjuarai kategori bawah 12 tahun.

Untuk kategori bawah 10 tahun, Kelab Bolasepak Infiniti dinobatkan sebagai juara manakala bagi kategori bawah lapan tahun, gelaran juara menjadi milik FCKL.

Kejohanan yang turut mendapat tajaan daripada TRIDENT, Haro, RRI Football Park , Restoran Salero Kito dan Stesen TV Awesome itu berjaya menghimpunkan lebih 600 pemain.

About The Author