KUALA LUMPUR, 19 Feb – Lebih 100 juadah menanti anda di Kelab Golf Tasik Puteri (TPGCC) sepanjang Ramadan ini bermula 3 Mac hingga 28 Mac.
Bertemakan Selera Nostalgia, TPGCC meneruskan konsep iftar dalam suasana nyaman di lapangan golf berkenaan bagi tahun kedua selepas mendapat sambutan luar biasa tahun lalu.
“Kami sediakan bilik berhawa dingin dan laman terbuka kepada tetamu untuk merasai suasana nyaman serta damai berlatarbelakangkan alam semulajadi dan siulan unggas”, jelas Pengurus Besar TPGCC, Nor Affendi Mohd Razlan.
Selera Nostalgia itu akan menampilkan konsep makanan serta juadah warisan tradisi dan bagi mereka yang membuat tempahan awal, bakal menikmati harga serendah RM68 untuk dewasa dan RM30 (kanak-kanak).
Harga biasa adalah RM78 dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak.
Dengan mendapat sentuhan daripada Chef Selebriti S.Mageswaran dibantu Chef berpengalaman TPGCC Saiful Rizal, sudah pasti menu seperti kambing bakar, gulai kawah, pelbagai sup serta ulam-ulaman akan menjadi pilihan para pengunjung.
Tidak dilupakan bubur lambuk Pahang sentuhan Chef Ifa.
Selera Nostalgia juga menyajikan Claypot Yee Mee dan pelbagai variati Mee Kantonis serta tidak pelbagai hidangan untuk kanak-kanak.
Tetamu iftar juga akan dihiburkan oleh alunan lagu-lagu irama tradisional oleh kumpulan Ghazal Nitrusanda yang pasti akan menambah keterujaan bersantai iftar di TPGCC.
Selain program iftar Selera Nostalgia, TPGCC juga menawarkan pakej istimewa kepada pemain golf dengan harga serendah RM150 untuk 18 lubang dan RM80 untuk 9 lubang pada hari biasa sepanjang Ramadan nanti manakala RM220 untuk 18 lubang dan RM95 untuk 9 lubang pada hujung minggu.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-6034 4724 atau 017-548 0010.