JBSN SELANGOR ANJUR PROGRAM SUKAN PERMOTORAN

0
243

SUBANG JAYA, 24 Ogos – Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Selangor terus mendekatkan diri mereka dengan golongan belia bagi memastikan generasi generasi berkenaan melibatkan diri dengan gaya hidup sihat.

Baru-baru ini JBNS Selangor bersama Kelab Sukan Bermotor Integrasi dan Comma Motorsports telah berganding bahu menganjurkan Program Sukan Bermotor peringkat Negeri Selangor yang dikenali sebagai KLASS Go Kart KBS di Litar Speedway USJ Subang Jaya.

Pada program sehari itu, para pserta telah didedahkan dengan pengenalan asas mengenai sukan permotoran Go Kart yang merangkumi pemanduan, teknikal, peraturan serta praktikal pemanduan.

Menurut Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Nurul Atiqah Abdul Rahman, sukan permotoran merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat dan ia sering mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

“Bagi menyemarakkan minat golongan belia terhadap sukan tersebut, maka kami mengambil inisiatif untuk mendedahkan para belia di negeri ini menceburkan diri dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Menerusi program seperti ini, sekurang-kurangnya mereka tahu mengenai perkara-perkara asas dalam sukan permotoran,” jelas Nurul Atikah.

Program tersebut telah disertai 50 peserta dan mereka terdiri daripada petugas Agensi Kerajaan Selangor serta badan NGO Belia Negeri Selangor.

Antaranya adalah Jabatan Akauntan Negara Negeri Selangor, MARA Negeri Selangor, AADK Hulu Selangor, Majlis Bandar DiRaja Klang, Lembaga Urus Air Selangor, Gerakan Belia 4B, Persatuan Sukan Bermotor Ekstrem Negeri Selangor, Kelab Sukan Kecergasan Zuma Zon, Politeknik Shah Alam, UniKL, UKM, UPM dan Kolej Tingkatan 6 Pudu Jaya.

Masjlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JBSN Selangor, Azura Sarbin.

Turut hadir adalah wakil Kelab Sukan Bermotor Integrasi, Nor Shamsul yang juga merupakan ketua jurulatih program tersebut.

 

About The Author