KUMPULAN PANTAI BHARU GEMBLENG TENAGA BANTU MANGSA BANJIR DI NEGERI KELANTAN.

0
141
Bahagian Korporat, Media & Pelancongan, Kumpulan Pantai Bharu, Fairul Iskandar Faizil De Souza bersama sebahagian dari mangsa banjir atas misi pengagihan pakaian dan makanan kepada penduduk terjejas.

Kumpulan Pantai Bharu melalui Kelab Kakitangan & Rekreasi Pantai Bharu telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir sebagai salah satu inisiatif kerja khidmat sosial mereka.

Fairul Iskandar bersama 20 orang sukarelawan telah menyertai misi ini, bertungkus-lumus mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Misi ini berlangsung dari 10 hingga 13 Disember 2024, dengan matlamat utama membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Bharu, Rabitah Dato’ Shamshudin berkata, bahawa ini bukan kali pertama kumpulan tersebut melaksanakan kerja khidmat sosial berkaitan banjir.

“Pihaknya amat prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir dan sebelum ini juga pernah menjalankan misi serupa di negeri-negeri lain”.

“Beliau berharap usaha ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir, selain memberi sokongan moral kepada mereka. Komitmen ini akan terus diteruskan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan pada masa hadapan”, katanya lagi.

Program ini memfokuskan kepada penyaluran barangan keperluan asas, makanan, dan minuman kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Bersama salah satu penduduk mangsa banjir di kampung di Kampung Limbat Pasir Tumboh, Kelantan.

Misi Bantuan Banjir ini turut melibatkan sokongan dan dana kewangan daripada beberapa pihak lain, termasuk Anak Syarikat Pantai Bharu, Yayasan Pekema, Kelab Rakan Motivasi (KRM), Kumpulan MTM, IHT Rehab, Candyta Beaute, serta sumbangan individu perseorangan.

Gabungan kerjasama pelbagai pihak ini mencerminkan semangat solidariti dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan segera.

Barangan yang disumbangkan meliputi pelbagai keperluan asas seperti lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan dewasa, susu kanak-kanak, selimut, bantal, tuala, air minuman, dan makanan.

Selain itu, bantuan turut merangkumi keperluan peribadi seperti sejadah, kain pelikat, kain batik, telekung, serta pakaian terpakai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Barangan ini dipilih untuk memenuhi keperluan harian mangsa-mangsa banjir yang terputus bekalan akibat bencana.

Bantuan tersebut telah diagihkan di beberapa kawasan yang paling terjejas di Negeri Kelantan, iaitu Kampung Limbat Pasir Tumboh Peringat, Kampung Seri Sentosa Bachok, dan Tumpat.

Bersama Ustaz Aiman Di Peringat, Ustaz Aiman yang membantu menguruskan mencari mangsa-mangsa banjir.

Kawasan-kawasan ini dikenal pasti sebagai lokasi yang memerlukan bantuan segera memandangkan kesan banjir yang besar terhadap penduduk setempat.

Usaha pengagihan ini memastikan bantuan dapat sampai tepat pada masa dan tempat yang memerlukan.

Sebanyak 20 orang sukarelawan telah menyertai misi ini, bertungkus-lumus mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan proses pengagihan berjalan lancar, walaupun berhadapan dengan cabaran di kawasan banjir.

Usaha sukarelawan ini amat dihargai kerana ia membuktikan semangat keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

About The Author