KUALA LUMPUR, 20 Dis – Sebaik berakhirnya kejohanan badminton Remaja Berpasukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Stadium Juara Bukit Kiara, Jumaat lalu maka tertutuplah tirai kalendar latihan untuk kem remaja kebangsaan tahun ini.
Pengarah Pembangunan Remaja BAM, Datuk Misbun Sidek merupakan individu paling lega kerana dia berpuas hati dengan prestasi yang telah dibuktikan oleh barisan pemain masa depan negara itu.
Inisiatif untuk mengadakan pertandingan secara simulasi oleh BAM itu memberi peluang bukan sahaja kepada para pemain tetapi juga kepada barisan kejurulatihan bagi membolehkan mereka melakukan penilaian secara berterusan.
“Ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, kita sedang merancang macam mana mahu mengadakan latihan buat para pemain sebaik sahaja mereka kembali ke pusat latihan.
“Para pemain bawah 18 tahun telah menjalani latihan selama lebih empat bulan tanpa beraksi dalam mana-mana kejohanan. Jadi, kami anjurkan pertandingan Cabaran Ranking, Play Off dan sekarang ini kejohanan berpasukan campuran.
“Daripada kejohanan simulasi seperti ini, ia akan menjadi medan buat kami untuk menilai perkembangan serta prestasi semasa setiap pemain.
“Jadi, daripada keseluruhan objektif yang kita mahu, saya boleh katakan bahawa sasaran kami tercapai. Yang penting, keseronokan mereka, prestasi dan keputusan yang terhasil oleh para pemain individu juga membuktikan bahawa mereka dapat menerima segala tunjuk ajar oleh barisan kejurulatihan remaja negara,” jelas Misbun.
Tambah Misbun lagi, modul latihan yang diterapkan untuk para pemain juga berjaya membentuk ketahanan serta kemahiran individu, dan jurang antara mereka kini tidak begitu jauh.
“Jadi, saya boleh katakan bahawa apa yang kita lihat ketika ini adalah mereka sudah mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI) yang telah kami tetapkan,”katanya lagi.
Sebaik berakhirnya kejohanan di Bukit Kiara Jumaat lalu, para pemain remaja kini diberi cuti rehat bermula 22 Disember dan kembali melaporkan diri pada 4 Januari 2021.
Peringatan turut diberikan kepada semua pemain untuk terus kekal cergas menerusi pemantauan oleh barisan kejurulatihan dan mereka juga boleh menghubungi Misbun atau pun mana-mana jurulatih jika memerlukan sebarang bantuan.
Misbun juga berharap dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, ia akan memberi ruang untuk pasukan remaja kebangsaan merasai kembali suasana pertandingan seperti sebelum ini.
Kumpulan Pantai Bharu melalui Kelab Kakitangan & Rekreasi Pantai Bharu telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir sebagai salah satu inisiatif kerja khidmat sosial mereka.
Misi ini...