MTD JUARA ZON BANGSAR SELEPAS PENANTIAN HAMPIR TIGA DEKAD

0
24

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Setelah penantian hampir tiga dekad, pasukan bola sepak bawah 18 tahun Maktab Tentera Diraja (MTD) akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak MSSD Zon Bangsar 2025.

Kemenangan bersejarah itu diraih selepas menewaskan pencabar tradisi, Victoria Institution (VI) dengan keputusan tipis 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit dan penuh emosi.

Jaringan kemenangan hadir lima minit sebelum wisel penamat apabila pemain gantian, Muhammad Syabil Badrulhisam memanfaatkan peluang terhidang untuk meledak gol tunggal perlawanan, sekali gus mengangkat semangat pasukan dan warga MTD yang hadir memberi sokongan.

Barisan pertahanan MTD yang diketuai Mohd Fakhrul menunjukkan disiplin dan keberanian tinggi dalam menyekat serangan pasukan lawan.

Kecekapan penjaga gol, Haziq Mazlan turut menjadi sandaran utama apabila beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir hasil beberapa aksi ketika menyelamatkan gawang pasukannya daripada dibolosi lawan.

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan MTD dalam melahirkan pemain yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan ketenteraan, malah menyerlah dalam sukan.

Di akahir kejohanan tersebut beberapa individu yang telah memberi khidmat dengan pasukan tersebut telah menerima penghargaan antaranya jurulatih pasukan, Aznor Dzulkarnain serta guru sukan dan guru pengiring, Zulkhairiey Ahmad dan juga Ashraf  M Ridzuan yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk pasukan yang mantap dari segi teknikal dan mentaliti.

About The Author