PIALA MENTERI PENDIDIKAN B14: EMPAT PASUKAN MARA KE SEPARUH AKHIR

0
39

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Empat pasukan mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir liga bolasepak Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun 2025 setelah mengesahkan kemenangan ke atas lawan masing-masing di suku akhir, Rabu lalu.

Kejohanan yang turut didokong 100PLUS itu menyaksikan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman menjadi pasukan pertama yang layak ke separuh akhir.

Pada perlawanan di Serdang itu, jaringan tunggal Muhd Danish Md Nasir memastikan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Bukit Jalil sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Tiga lagi pasukan yang mengikuti jejak SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman mara ke peringkat separuh akhir adalah SMK Seksyen 11, Shah Alam, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan SMK Taman Desa Skudai.

SMK Seksyen 11 mencatat kemenangan 2-0 ke atas SMK Seri Titiwangsa hasil jaringan Syed Shahir Aidil Syed Zahabi dan Abdul Muiz Adli Hafzil Adli sementara hatrik Muhd Iman Luthfi Zairol Hisham memastikan AMD B-14 membenam SMK Ibrahim Fikri 4-1.

Satu lagi gol AMD disumbang oleh Ahmad Muzakkif Fitri Muhamad manakala gol saguhati SMK Ibrahim Fikri dijaringkan Amir Shami Sazale

Dua gol oleh Muhd Farish Haqiemi Muhd Azharuddin memastikan SMK Taman Desa Skudai melakar kemenangan 2-0 ke atas SMK Putera sekaligus melengkapkan jadual separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 15 Oktober nanti.

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR

SMK SEKSYEN 11  2 SMK SERI TITIWANGSA 0

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 0 SMK TUNKU ANUM TUNKU ABD RAHMAN 1

AKADEMI MOKHTAR DAHARI 4 SMK IBRAHIM FIKRI 1

SMK TAMAN DESA SKUDAI 2 SMK PUTERA 0

About The Author