Kejohanan Boling Persatuan Penduduk Idaman Villa, BSS meriah

0
1021
Pasukan Adam muncul juara pertandingan dan membawa pulang wang tunai serta hamper dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin 1877.

Seramai 40 peserta penduduk Persatuan Penduduk Idaman Villa, BSS meriahkan Kejohanan Boling Tertutup bertempat bertempat di D’Tempat, Sendayan, Negeri Sembilan pada 29 Febuari 2020 Sabtu.

Penganjuran kejohanan boling yang merupakan julung kali diadakan dengan satu matlamat iaitu merapatkan hubungan antara penduduk setempat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Idaman Villa, BSS, Haji Esnan Abdul Ghani berkata, program ini dilihat merapatkan hubungan baik dengan penduduk dalam suasana santai selain beriadah sekali gus menyokong gaya hidup sihat yang giat dijalankan di kawasan penduduk.

“Saya amat menghargai penglibatan penduduk yang sertai acara ini dan berharap program seumpama ini dapat dijalankan lagi demi perpaduan dan silatrusahim”.

“Insya-ALLAH program komuniti akan diteruskan pada masa akan datang.

Firdaus Ahmad meraih hadiah pemain lelaki terbaik.

Hadiah berbentuk wang tunai dan hamper dibahagikan kepada tiga kategori iaitu berpasukan, terbuka wanita dan individu.

“Ini antara perkara penting yang perlu ditekankan da

Tumpuan ke arah kemenangan, penting hubungan silatusrahim dapat dikekalkan.

n dibudayakan dalam kehidupan.

“Walau kita dipenuhi pelbagai tugasan dan tekanan kerja, aktiviti riadah perlu kita lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Sehubungan itu, pasukan Adam muncul juara pertandingan dan membawa pulang wang tunai serta hamper dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin 1877.

Sebahagian daripada 40 peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan di bawah Persatuan Penduduk Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan.

Tempat kedua dimenangi Boss Kau kutipan 1550 manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan Mans kutipan 1536

Sementara itu, Shazalina muncul pemain wanita terbaik pertandingan manakala Firdaus Ahmad meraih hadiah pemain lelaki terbaik.

Rata-rata pemain yang ditemui berasa amat gembira dan berharap kejohanan ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here