Pertandingan mewarna meriahkan Cabaran Memancing Igloo 2020

0
1685
Pertandingan mewarna meriahkan Cabaran Memancing Igloo 2020

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sempena Cabaran Memancing Igloo 2020 akan diadakan pada 8 Mac ini.

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor berkata, pertandingan berkenaan merupakan anjuran bersama UFL- Universal Fitness & Leisure serta mendapat sokongan Pejabat Tanah Dan Daerah Muallim.

Aktiviti kanak-kanak dalam pertandingan mewarna dijangka dapat sambutan. (gambar hiasan)

Beliau berkata, pertandingan bertemakan ‘Jom Memancing’ akan berlangsung di Tasik YDP Slim River, Perak, bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

“Kita menyasarkan penyertaan kira-kira 100 hingga 150 kanak-kanak.

“Diharap aktiviti ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.

Poster pertandingan mewarna tunggu penyertaan kanak-kanak Ahad ini.

Beliau menambah, pelbagai hadiah menarik antaranya produk Igloo menunggu para pemenang.

Penganjur menyediakan dua (2) kategori iaitu bawah 6 tahun dan 12 tahun. Penyertaan adalah dan pensil warna sahaja yang dibenarkan.

“Semua peserta diminta membuat pendaftaran pada hari pertandingan jam 8.30 pagi dan pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-6964345 Munzil.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here