5 SYARIKAT, 72 STAF FRIM SERTAI PROGRAM ‘FORESTER FOR A DAY’

0
646

28 Disember 2021 – Lima syarikat dan 72 sukarelawan yang terdiri daripada staf FRIM serta wakil syarikat-syarikat berkenaan telah menyertai program ‘Forester for a day’ yang diadakan pada 22 dan 23 Disember lalu.

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang disokong oleh Kuala Lumpur Business Club (KLBC), Besi Apac Sdn Bhd, GHL Systems Berhad (PAYSYS), MSIG Insurance (Malaysia) Bhd dan Kelington Group Berhad.

Sebanyak 140 pokok seperti balau sengkawang air, balau laut, merbau, chengal, pelong dan giam telah ditanam.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Hutan FRIM diadakan untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia yang dilancarkan pada 5 Januari 2021.

Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM yang menyempurnakan program tersebut pada 22 Disember mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang terlibat serta sukarelawan FRIM atas sokongan.

Turut hadir, Toh An Nee, Ketua CCU dan Arvin Jong, Ketua Pegawai Kewangan Kelington. Program pada 23 Disember pula disertai 11 wakil dari syarikat MSIG dan GHL. MSIG diketuai Amy Tan dan Azry Abdullah, manakala GHL diketuai Peggy Lai.

Para peserta diberi taklimat penanaman pokok serta panduan penanaman di lapangan oleh Sadali Sahat dan Mohd Nizam Achin dari Cawangan Pengurusan Hutan.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here