PELUANG NIAGA BERSAMA TISHAS LOW CARB SERENDAH RM50 KETIKA PKP 3.0

0
1423

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Tanpa pengalaman berniaga, Shamsul Shah Sulaiman memilih menceburi dunia keusahawanan apabila kilang tempatnya mencari rezeki ditutup kira-kira 10 tahun lalu.

Bermula secara kecil-kecilan, dengan hanya gerai murtabak di tepi jalan di Wangsa Melawati pada tahun 2012 berbekalkan duit berhenti kerja, beliau sentiasa memasang impian untuk mengembangkan perniagaan murtabak yang diwarisi daripada keluarganya di utara tanah air itu suatu hari nanti.

Berbekalkan semangat yang tinggi dengan modal sebanyak RM90,000 yang berjaya dikumpul sedikit demi sedikit, anak jati Pulau Pinang ini membuka syarikat sendiri iaitu Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd.

Beliau amat bertuah kerana dibantu isteri, Atika Ramli dan mereka sama-sama membangunkan perniagaan itu hingga mampu bertahan selama 9 tahun hingga ke hari ini.

Lebih membanggakan, setakat ini Tishas Food Manufacturing telah mengeluarkan lebih 40 produk di bawah jenama Tishas yang  mementingkan kualiti dan produk yang senang disediakan oleh semua peringkat umur.

Kini, syarikat tersebut telah melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi, menghasilkan produk rendah karbohidrat yang disasarkan menjadi produk pilihan No.1 peminat roti prata di Malaysia dikenali sebagai Tishas Low Carb.

Lebih membanggakan, Tishas Food turut bekerjasama dengan dua jenama terkenal iaitu Dapur Kak Kek dan Asianketo untuk projek Tishas Low Carb ini.

Dapur Kak Kek diusahakan oleh pelakon terkenal Catriona Ros dan Asianketo di terajui oleh Puan Roslina, bekas pesakit kanser dan pengamal makanan rendah karbohidrat sejak 8 tahun lalu.

Keunikan rasa lauk-pauk menggunakan rempah dan resepi asli  citarasa ASEAN daripada Dapur Kak Kek dan keprihatinan Asianketo dalam penyediaan makanan yang sihat tanpa gula dan menggunakan bahan asli, menjadikan pek Tishas Low Carb berkualiti tinggi,  sedap dan mula disukai ramai.

Shamsul menaruh harapan tinggi untuk melihat produk yang baharu dilancarkan ini dapat membuka satu lagi peluang perniagaan kepada mereka yang mementingkan pengambilan makanan sihat sambil boleh menjana pendapatan tambahan apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan semula ketika ini.

Kini, beliau ingin berkongsi kelebihan produk Tishas Low Carb yang menyasarkan pasaran baharu, yang lebih  mengutamakan makanan sihat untuk rakyat Malaysia.

Produk makanan ini amat sesuai untuk pesakit-pesakit diabetik atau kencing manis, kanser, obesiti serta pengamal diet sihat.

“Kami mahu Tishas Low Carb ini bukan sahaja menjadi satu pilihan makanan tetapi peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang terjejas akibat pandemik ini.

“Di sini kami memberi mereka peluang untuk mula berniaga sebagai ejen jualan Tishas dengan modal permulaan sebanyak RM50 sahaja,” katanya.

Shamsul yang merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd. berkata, produk itu mampu memberi margin keuntungan antara 16 hingga 25 peratus kepada mereka yang menjadi ejen dan juga stokis.

Bagi memudahkan ejen dan juga pelanggan, laman web Tishas menyediakan kemudahan e-dagang untuk mereka membuat pembelian terus daripada sistem yang disediakan.

Setelah pelanggan selesai membuat urusan pembelian, back end Tishas akan menghantar pesanan itu kepada stokis atau ejen mengikut lokasi pelanggan.

Melalui Central Management System (CMS) di myshop, tishasfood.com.my pula memudahkan ejen dan stokis menguruskan perniagaan dengan lebih tersusun dan ia disediakan secara percuma.

Sistem ini juga menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan, menguruskan stok, invois, pembayaran, pesanan penghantaran dan point of sales (POS).

“Pendek kata, kami menyediakan semua kemudahan yang lengkap bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan dengan Tishas.

“Matlamat kami, selain menawarkan produk halal dalam pasaran, kami juga mengalu-alukan mereka yang terjejas akibat pandemik ini, suri rumah dan juga yang berminat menambah pendapatan, untuk menyertai rangkaian ejen jualan kami di seluruh negara,” tambahnya.

Setakat ini, produk jenama Tishas sudah memasuki pasar raya besar mahupun kecil seperti Giant, Mydin, Jusco, Lulu, Sogo, Village Grocer, B.I.G, ST Rosyam Mart, Sri Ternak, OTK, PDM dan pelbagai kedai Halal Mart seperti Azzain, Dr Zainur, Barakah, Lesong, Ramly Mart dan secara dalam talian seperti di Shopee, Jocom, Go Shop dan Lazada.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here