Debaran Cabaran Memancing Igloo 2020, Ahad ini semakin dirasai.

0
1449
Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor (tengah), Ketua Pegawai Operasi, Theresa Leong UFL Sdn Bhd (kiri1) dan Pengurus Besar, Pengurusan Jenama UFL Sdn Bhd (kanan 1) sudah bersiap sedia tunggu kaki pancing antaranya 500 baju T Shirt untuk daftar awal, mock up pemenang dan hadiah cabutan bertuah utama satu (1) kotak produk Igloo Marine Utra Glide 110 Quart bernilai RM1319 untuk cabutan bertuah.

Debaran Cabaran Memancing Igoo 2020 di Tasik YDP, Slim River, Perak, hujung minggu ini semakin dirasai apabila penganjur sudah bersiap sedia tunggu kaki pancing antaranya 500 baju T Shirt untuk daftar awal, mock up pemenang dan hadiah cabutan bertuah utama satu (1) kotak produk Igloo Marine Utra Glide 110 Quart bernilai RM1319 untuk cabutan bertuah.

Tidak lupa hadiah wang tunai keseluruhannya berjumlah RM24,000 menunggu kaki pancing selain cabutan bertuah dan iringan bernilai lebih RM10,000 disediakan oleh pihak penganjur.

Pertandingan memancing yang memasuki edisi kedua itu dianjurkan UFL-Igloo Malaysia dan UFL-Universal Fitness & Leisure dengan mendapat sokongan Pejabat Tanah dan Daerah Muallim.

Pengerusi Eksekutif UFL Sdn Bhd, Datuk Abd Malek Noor, berkata cabaran kali ini menawarkan hadiah RM10,000 untuk juara, tempat kedua (RM3,000) dan tempat ketiga (RM1,000).

“Pemenang tempat keempat pula akan menerima RM400, tempat kelima hingga ke-10 (RM200), manakala tempat ke-11 hingga 80 (RM100).

“Tempat ke-81 hingga 100 menawarkan hadiah produk Igloo,” katanya selepas majlis sumbangan barangan produk Igloo dan baju Tshirt dan cabutan utama, di sini, hari ini.

1000 peserta dijangka hadir memeriahkan Cabaran Pancing Igloo 2020

Selain itu, Abd Malek berkata, hadiah khas bagi spesies ikan keli turut disediakan dengan juara bakal menerima hadiah wang tunai RM300, tempat kedua (RM200) dan tempat ketiga (RM100) berserta hadiah iringan.

“Cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000 untuk peserta turut disediakan, selain pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Bagi menjayakan program dijangka menarik lebih 1,000 peserta dari seluruh negara itu, beliau berkata, lebih 500 kilogram (kg) ikan pelbagai spesies dilepaskan, termasuk ikan patin seberat 5.5kg.

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu 7 Mac, ini, bermula jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

“Maklumat lanjut, layari laman Facebook: jorankl atau hubungi urus setia melalui talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811,” katanya.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here