HARGA BARANGAN DI MY PASAR BORONG TIDAK MEMBEBANKAN PENGGUNA

0
817

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Orang ramai yang membuat pembelian barangan keperluan harian mereka secara atas talian menerusi aplikasi My Pasar Borong, tidak perlu risau kerana harga yang ditawarkan adalah terjangkau dan berpatutan.

My Pasar Borong yang beroperasi secara atas talian, menawarkan pelbagai barangan basah seperti daging, ayam, ikan, makanan laut, sayur-sayuran segar, buah-buahn dan sebagainya.

Menyedari beban kewangan yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat ketika negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19, pihak pengurusan My Pasar Borong turut bersikap lebih prihatin bagi memastikan setiap produk yang dijual adalah terjangkau dan tidak membebankan para pelanggannya.

Malah, harga setiap produk yang ditawarkan di aplikasi My Pasar Borong adalah sama dengan harga jualan di pasar-pasar borong biasa.

Caj penghantaran yang dikenakan oleh My Pasar Borong juga pada kadar yang sangat minimum kerana keutamaan mereka adalah untuk memastikan para pelanggannya tidak terbeban.

Keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini, telah mendorong My Pasar Borong untuk menawarkan perkhidmatan mesra pelanggan, selain memastikan semua harga barangan yang mereka tawarkan adalah terjangkau dan murah.

Kawalan harga serta perkhidmatan berkualiti sentiasa menjadi keutamaan pihak pengurusan My Pasar Borong sejak ia mula beroperasi Disember tahun lalu.

Buat masa ini ia menyediakan perkhidmatan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

My Pasar Borong adalah ‘pasar basah atas talian’ dan ia membantu memudahkan urusan harian para suri rumah untuk membeli barangan keperluan harian keluarga.

Setiap barangan yang dipesan akan terus dihantar ke pintu rumah anda dan anda tidak perlu risau untuk meredah kesesakan jalan raya untuk pergi ke pasar bagi mendapatkan keperluan harian anda.

Malah ia juga menjimatkan masa anda serta mengelak daripada keluar rumah ketika negara berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

Kini, sebahagian besar masyarakat sekitar lembah Klang dan Putrajaya memilih My Pasar Borong sebagai pilihan mereka untuk membeli barangan basah secara atas talian.

Segala keperluan harian kini hanya berada di hujung jari anda.

Aplikasi My Pasar Borong boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple Store, ia sangat mudah untuk digunakan.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here