IKAN KELI SEBERAT 5.795 KILOGRAM BAWA TUAH BUAT BAHARUDDIN

0
1020
BAHARUDDIN (tengah) muncul juara Santai Joran KL 2023.

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ikan keli seberat 5.795 kilogram (kg) telah membawa tuah buat Baharuddin Mohd Saleh, 72, apabila muncul juara pertandingan memancing Santai Joran Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Taman Tasik Metropolitan, Kepong pada Ahad.

Kemenangan tersebut membolehkan pemancing dari Seremban, Negeri Sembilan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 pada pertandingan yang dianjurkan bersama oleh DBKL dan Nadi Media Events itu.

PERTANDINGAN memancing Santai Joran KL2023 telah mendapat sambutan luar biasa daripada kaki pancing tempatan.

Lebih menarik, Baharuddin yang merupakan seorang pesara telah mengalahkan 700 lagi peserta lain yang turut serta memeriahkan pertandingan tersebut.

Baharuddin hanya menggunakan umpan cacing dan ikan tersebut berjaya ditewaskannya seawal pukul 8.52 pagi lagi sebaik pertandingan baharu dimulai.

“Mungkin ini rezeki untuk saya dan keluarga. Hadiah kemenangan ini akan dimanfaatkan sebaiknya selain meraikan bersama keluarga yang banyak menyokong saya selama ini,” kata Baharuddin ketika ditemui selepas berakhirnya pertandingan tersebut.

Tempat kedua pula menjadi milik Mohd Hazli Arshad yang berjaya menaikkan ikan keli seberat 1.665kg manakala tempat ketiga diraih Muhammad Najib Ibhraim dengan keli seberat 1.625kg.

Mereka masing-masingnya membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 dan RM700.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Penolong Pegawai Pertanian Kanan DBKL, Mohamad Yusaini Bahari.

Yusaini ketika ditemui menyambut baik penganjuran pertandingan itu yang disifatkan amat baik dalam merancakkan sektor pelancongan domestik selain menjadikan taman-taman di ibukota sebagai dentinasi keluarga untuk beridah.

“Pada masa sama, aktiviti seperti ini membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan peserta dan juga penduduk setempat,” jelasnya.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here