PORT DICKSON – Karnival Mesra Rakyat – Local Agenda 2030 yang yang akan diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022 bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson tunggu penyertaan anda.
Karnival Mesra Rakyat menjadi platform penting bagi meningkat dan merapatkan hubungan antara pemimpin, pegawai serta agensi kerajaan dengan masyarakat.
Program dua hari dikawasan Port Dickson, ruang terbaik dalam usaha membantu rakyat menyelesaikan pelbagai permasalahan disamping mendapat perkhidmatan disediakan kerajaan.
Setiausaha, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Zaki bin Yahya berkata, karnival melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja mengetengahkan peranan agensi kerajaan malah turut menghargai usaha digerakkan badan bukan kerajaan (NGO).
Lebih 12 acara disediakan kepada orang ramai tidak kira usia dan bangsa malah Port Dickson yang terkenal sebagai pusat peranginan tercantik di Malaysia sentiasa mendapat sambutan dari pengunjung yang datang bercuti di sini.
Muhammad Zaki ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Karnival Mesra Rakyat pada pagi tadi dan berharap mendapat sambutan baik dengan sasaran lebih 3,000 pengunjung ekoran program diadakan di hujung minggu.
“Program julung yang kali dilaksanakan turut melibatkan pameran agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan antaranya AADK, PDRM, Bomba dan Penyelamat PD.”
“Berbagai aktiviti dan program komuniti serta orang ramai antaranya pertandingan sepak takraw pantai, bola jaring 3 sebelah, aerobikton, plogging (pembersihan pantai) dan bapa angkat pantai, katanya lagi.
Manakala karnival ini juga memberi peluang kepada peniaga dan pengusaha industri kecil sederhana untuk membuka khemah jualan yg menampilkan produk-produk keluaran komuniti setempat.
Pihak MPPD juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengutarakan isu, pandangan dan cadangan bagi pembangunan komuniti setempat melalui Sesi Town Hall.
“Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan mewarna, manakala ahli keluarga yang boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur”, tambahnya lagi.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi En Samad di Unit Korporat Pelancongan dan Perhubungan Awam MPPD di talian 019-3858837 atau 06-6462057.