PJ JORAN MERIAHKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDARAYA PETALING JAYA YANG KE-16

0
2801
Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir (4 kiri) melepaskan ikan hampir 700 kilogram spesis patin bersaiz di antara 3-5 kilogram bagi buruan kaki pancing Ahad ini nanti.

PETALING JAYA: Pertandingan Memancing Petaling Jaya Joran 2022 (PJ Joran) di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, Ahad ini meriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya 2022 yang ke-16.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir, berkata pertandingan itu adalah antara acara yang dimasukkan dalam aktiviti Bersempena Ulangtahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya, anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir (4 kiri) gembira seekor ikan spesis patin dianggar berat hampir 5 kilogram jadi tumpuan kaki pancing nanti milik siapa.

Katanya, juara akan membawa pulang RM5,000 bersama piala, naib juara (RM2,500), tempat ketiga (RM1,500), ke 4-5 (RM400), manakala tempat ke 6 hingga ke-10 masing-masing menerima RM200, ke-11 hingga ke-20 (RM150), ke-21 hingga ke-30 (RM70) dan ke-31 hingga ke-50, menerima RM50. Hadiah khas untuk pemenang Ikan keli turut disediakan sehingga ditempat ke lima.

“Lebih 3 tahun tiada pertandingan di tasik berkenaan dan acara ini adalah kesempatan terbaik buat kaki pancing bertarung melawan ikan seperti Patin, tongsan, toman, haruan, rho, kap, belida, keli dan talapia.

Simbolik pertandingan, penganjur lepaskan ikan hampir 700 kilogram spesis patin bersaiz di antara 3-5 kilogram bagi buruan kaki pancing yang disempurnakan oleh Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir (1 depan).

“Beliau berkata pertandingan itu juga sebagai platform masyarakat terutamanya penduduk sekitar Petaling Jaya dan khususnya kaki pancing dapat berkumpul di tasik ini kelak dan mensasarkan 700 peserta akan hadir nanti”.

“Hasrat MBPJ adalah untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga selain meningkatkan sumber pelancongan dan ekonomi setempat .

“Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Petaling Jaya dengan aktiviti sihat,” katanya ketika ditemui.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM40 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dilakukan Sabtu ini, bermula jam 3 petang hingga 10 malam dan keesokannya jam 6.30 pagi hingga waktu pertandingan.

Sebanyak 500 t-shirt akan diedarkan secara percuma kepada peserta terawal selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan peralatan memancing.

Acara pelepasan ikan sempena PJ Joran ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir, Datuk Bandar Petaling Jaya, Sabtu yang lalu melibatkan hampir 700 kilogram spesis patin bersaiz 3 hingga 5 kilogram dilepaskan di dua tasik sebagai tarikan kepada para pemancing.

Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir berkata, dengan adanya aktiviti ini kita dapat membawa penduduk Petaling Jaya dan kaki pancing datang ke sini membawa joran masing-masing, peluang perniagaan dapat ditingkatkan dan seterusnya komuniti akan merasa seronok tinggal di Petaling Jaya.

“Beliau menyerukan semua kaki pancing dapat hadir ke pertandingan PJ Joran, Ahad ini dan berharap semua yang hadir dalam keadaan yang sihat, jaga penjarakkan di antara satu lain selain usaha kita untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya

Untuk pertanyaan berkaitan PJ JORAN 2022 boleh hubungi urusetia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl .

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here