PETALING JAYA JORAN 2022 MERIAH : ALAM SHAH ALI JUARA RAIH RM5,000 BESERTA PIALA JUARA DATUK BANDAR, MBPJ.

0
1136
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir (empat dari kiri), bersama para pemenang hadiah utama gembira bersama para pemenang PJ Joran 2022 semalam.
Pacaaak….Sebahagian dari 960 peserta yang menyertai PJ Joran 2022 hadir memberi sokongan.

PETALING JAYA: Seorang pemancing dinobatkan juara pada pertandingan memancing PJ Joran 2022 sempena sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya 2022 yang ke-16 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya di sini.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Alam Shah Ali, 57 tahun dari Klang, Selangor membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, selain piala juara Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Aznan Haji Hassan (dua dari kiri) membunyi A-Hon sebagai gimik perasmian pertandingan memancing PJ Joran 2022 di Tasik Bandaran Kelana jaya, Petaling Jaya semalam.

Dia menaikkan spesies patin seberat 4.030 kilogram (kg) pada jam 10.36 pagi dan menewaskan 960 peserta.

Seorang peserta wanita di bantu oleh hakim bertugas setelah berjaya menaikkan ikan untuk di timbang. Tahniah

Alam Shah Ali berkata, umpan cacing kali ini membuahkan hasil dan merancang untuk menggunakan hadiah kemenangan itu untuk berkongsi bersama keluarga yang sentiasa menyokong minatnya.

“Kemenangan ini amat bermakna. Saya sangat bersyukur. Ini hadiah buat keluarga saya selain berkongsi kemenangan bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Saya harap pertandingan memancing anjuran MBPJ dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing selepas lama berehat disebab Covid 19,” katanya di sini, semalam.

Peserta wanita yang sentiasa memberikan saingan tidak kenal erti mengalah..Syabas.
Mantap, tahniah ikan keli yang berjaya dinaikkan oleh peserta ini tidak kurang saingnya.

Tempat kedua dimenangi Mat Nor, 52 selepas menaikkan patin seberat 3.215 kilogram pada jam 12.03 pagi dan membawa pulang RM2,500 manakala ketiga dimenangi Mohd Zaid Yaacub, 44 selepas menaikkan spesis sama seberat 3.020 kg pada jam 11.06 pagi dan membawa pulang RM1,500.

Manakala kagi kategori khas ikan Keli, juara dimenangi oleh Zaidi seberat 7.710 kilogram membawa pulang hadiah wang tunai RM300, kedua Awei seberat 5.575 kilogram wang tunai RM200 dan ketiga Fazrul seberat 4.554 wang tunai RM100.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir sedang cuba menimbang spesis patin yang dinaikkan oleh peserta PJ Joran 2022 semalam.

Mohamad Azhan berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, antaranya Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor amnya selain kehadiran keluarga yang memeriahkan PJ Joran tahun ini.

“Pertandingan memancing PJ Joran ini wajar diteruskan lagi memandangkan sambutan yang diterima dari kaki-kaki pancing seluruh negara amat mengalakkan.,” katanya.

“Lebih 300 ekor pelbagai spesis berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya Patin, Keli, Lekoh, Puyu, Koi dan Talapia katanya lagi.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here