KLINIK ASAS GO-KART KBS 2002 CAPAI MATLAMAT.

0
1098
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Zul Fadhli Bin Abdul Aziz menunjukkan isyarat "Semoga Berjaya" kepada Adik Aina Zahirah Arman Binti Abdul Rahman yang akan memulakan pemanduan Go-Kart di D’Tempat Country Club & X Park Sendayan semalam.

Seremban, 27 Mac 2022 – Seramai 30 peserta hadir menyertai Klinik Asas Go-Kart di bawah program MyFit @ Motorsport 2022 Peringkat Negeri Sembilan, ini pada 26 Mac 2022 bertempat di D’Tempat Country Club & X Park Sendayan.

Dua (2) peserta berjaya menghabiskan sepuluh pusingan ringkas dengan bimbingan instruktor dan ikon sukan go kart negara.

Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Motorsports Association Of Malaysia (MAM) dan D’Tempat Country Club & X Park Sendayan bertujuan bagi mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Zul Fadhli Bin Abdul Aziz berkata, penganjuran kursus ini pastinya akan memberikan semangat baru kepada anak-anak di negeri ini untuk menghidupkan dan meneruskan minat dalam sukan go-kart.

Adik Muhamad Shaharul Nizam Azmi diberi bantuan ringan dari 2 (dua) petugas Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan.

“Bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan melahirkan lebih ramai pemandu sukan bermotor yang kompetitif dan berdaya saing hingga ke peringkat akar umbi.

“Para peserta dinilai melalui beberapa aspek iaitu keberanian dan keyakinan diri, disiplin, dan teknik pemanduan. Aspek keselamatan pemandu dijadikan perkara yang amat ditekankan sepanjang klinik”, katanya ketika ditemui.

Antara penekanan yang diberikan dalam sesi taklimat disebelah pagi klinik ialah teknik-teknik asas memandu Go-Kart, garisan perlumbaan dan pakaian keselamatan yang diperlukan untuk memandu Go-Kart.

Para peserta truja tidak sabar memulakan pemanduan setelah berikan keyakinan mental dan fizikal dari koordinator MAM.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta diberi peluang untuk memandu Go-Kart yang disediakan oleh penganjur dalam sesi amali di mana setiap peserta dikehendaki membuat sepuluh pusingan ringkas dengan bimbingan instruktor dan ikon sukan go kart negara.

“Ketika memandu go-kart, mereka akan mempelajari cara asas seperti mengendalikan stereng, keluar dan masuk simpang, mengawal kelajuan serta tidak ketinggalan memahami isyarat pergerakan di litar iaitu bendera.

Sahut Cabaran – Persatuan Penduduk Idaman Villa turut menghantar penyertaan ahli sebagai aktiviti gaya hidup sihat terutamannya dalam sukan permotoran.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Zul Fadhli Bin Abdul Aziz. menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta hadir menyertai Klinik Asas Go-Kart .

“Di sini, peserta akan diberi taklimat terlebih dahulu cara mengendalikan kenderaan dan memahami isyarat berkenaan. Perkara ini penting kerana kami mahu memastikan tidak berlaku kemalangan.

Para peserta yang hadir menunjukkan rasa gembira dan berpuas hati kerana dapat menjalani latihan berkenaan. Apatah lagi, ada yang pertama kali memandu Go-Kart tidak mematahkan semangat mereka yang rata-rata berumur 8 hingga 18 tahun.

Malah keterujaan peserta dan keluarga yang ditemui berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sepanjang klinik dan pratikal, pihak penganjur memberi keutamaan kepada para peserta memastikan prosedur operasi Standard (SOP) dipatuhi seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Kain Rentang program MyFit @ Motorsport 2022 Peringkat Negeri Sembilan sambut para di D’Tempat Country Club & X Park Sendayan

Zul Fadhli Bin Abdul Aziz berkata bagi tahun ini beberapa program telah disusun untuk orang ramai menyertai program antaranya Malaysia Sports League (MSL) di Peringkat Negeri Sembilan.

Antara acara yang disediakan di peringkat komuniti melibatkan beberapa acara sukan antaranya futsal, bola keranjang (3 on 3)”, tambahnya lagi.

Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Zul Fadhli Bin Abdul Aziz.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here