PERLINDUNGAN ENJIN KENDERAAN LEBIH BERKESAN DENGAN MINYAK PELINCIR MOLYGEN 4T DARI LIQUI MOLY

0
1002
Charlie Tan (empat dari kiri) ketika merasmikan pra-pelancaran produk terbaharu Liqui Moly di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA, 20 Feb – Syarikat pengeluar minyak pelincir enjin motosikal terkemuka, Liqui Moly Malaysia terus mengukuhkan reputasi mereka di pasaran apabila secara rasminya melancarkan dua produk terbaharunya – minyak Skuter Molygen 4T.

Produk terbaharu itu merupakan yang pertama untuk siri minyak enjin motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dengan produk terbaharu ini, para pengguna akan dapat melihat perbezaannya dan apabila mereka mengisi dua minyak Skuter Molygen 4T baharu daripada Liqui Moly itu, ia tidak berwarna perang keemasan, tetapi hijau cerah.

Warna ini menandakan keberkesanan melawan geseran enjin dan ia amat baik untuk kereta dan juga skuter.

Pengubahsuai geseran memberikan perlindungan lebih baik terhadap enjin kereta mahu pun skuter anda.

Charlie (kanan) bersama pemilik pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar pada majlis pra-pelancaran minyak pelincir enjin terbaharu Liqui Moly baru-baru ini.

Dalam proses fizikal, bahan-bahan yang digunakan mampu membentuk filem halus seperti bulu yang boleh memisahkan permukaan logam antara satu dengan yang lain, sekali gus mengimbangi ketidaksamaan mikroskopik.

“Ini akan mengurangkan geseran dalam enjin dan penggunaan bahan api juga,” kata Timbalan Ketua Makmal Liqui Moly, Oliver Khan.

Menurutnya lagi, ia juga melindungi enjin daripada haus akibat geseran berbanding minyak motor konvensional dengan kualiti yang sama.

“Pengubahsuai geseran dalam produk kami akan mengurangkan kehausan sehingga 30 peratus. Skuter sering dipandu dalam jarak yang dekat, terutamanya dalam bandar dan ini adalah persekitaran yang memperlihatkan kekuatan dan kelebihan minyak Molygen. Ini disebabkan enjin tidak panas dengan betul semasa perjalanan singkat. Ini meningkatkan risiko enjin haus, “jelas Oliver Kuhn.

Maka, dengan menggunakan Molygen 4T, ia akan memberikan hasil serta perlindungan yang lebih baik terhadap enjin kenderaan.

Perlindungan ini akan meningkatkan hayat penggunaan motorsikal dan skuter serta mengurangkan risiko kerosakan.

Dua minyak Skuter Molygen 4T untuk enjin empat lejang dengan Variomatik, anjakan automatik atau klac kering boleh didapati dalam kelikatan 5W-30 dan 10W-40.

Kemungkinan besar produk baharu ini bukan sahaja menarik perhatian semasa mengisi minyak, tetapi juga bakal memberi manfaat serta berita gembira buat rakan-rakan kongsi perkhidmatan Liqui Moly.

Sebagai pengenalan, Liqui Moly telah mengadakan pra-pelancaran produk tersebut di Petaling Jaya baru-baru ini dan majlis ringkas itu dihadiri beberapa wakil daripada kelab-kelab skuter dan motosikal sekitar Lembah Klang.

Majlis tersebut disempurnakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Liqui Moly, Charlie Tan.

Minyak Skuter Molygen 4T kini sudah ada di pasaran mulai hari ini (20 Februari) dan secara eksklusif di Kedai Rakan Kongsi Servis Liqui Moly yang terpilih sahaja.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh mengunjungii Rakan Kongsi Perkhidmatan Liqui Moly atau melayari laman web www.liquimoly-servicepartner.com atau emel ke [email protected].

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here