MOHD BAZIL JUARA CABARAN MEMANCING KELUARGA MALAYSIA 2022

0
1215
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah (tiga dari kiri) dan Cik Nur Amanina binti Zulkefle, DBKL kepada pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli semalam.

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Mohd Bazil Bin Shahrulnazri, 23 dari Ampang, Selangor yang berkerja sebagai Kelindan Lori muncul sebagai juara dalam pertandingan memancing melalui Cabaran Memancing Keluarga Malaysia di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Kejayaan menarik ikan patin seberat 12.545 kilogram yang membolehkan dia menerima hadiah wang tunai RM7,000 dan berjaya menewaskan 1,400 peserta yang menyertai cabaran ini.

Suasana para peserta Cabaran Memancing Keluarga Malaysia 2022 yang hadir semalam melibatkan 1400 peserta.

“Saya tak menjangka hanya berumpankan roti berperisa pandan, kemenangan dalam pertandingan ini menjadi milik saya yang mengambil masa menaikkan lebih 15 minit spesis ini.

“Kemenangan ini amat bermakna. Saya menang pula kali pertama tahun 2022 dan sangat bersyukur. Ini hadiah buat ibu dan bapa saya selain berkongsi kemenangan bersama rakan-rakan seperjuangan.

“Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Seorang peserta membawa spesis ikan patin untuk ditimbang sebelum pengesahan berat ikan dibuat oleh pihak hakim bertugas.

Tempat kedua disandang Shaharel bin Mohd Mokhtar, 38 yang menaikkan spesis patin seberat 8.580 kilogram membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga pula diterima oleh Amy Dahlan, 41, yang membawa pulang RM1,000 apabila berjaya memancing spesies patin yang sama seberat 6.990 kilogram.

Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah berkata, lebih 300 ikan pelbagai spesies berjaya dinaikkan dalam program Cabaran Memancing Keluarga Malaysia yang julung kali secara besar-besaran selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan selama 2 tahun dapat disatukan melalui aktiviti program memancing ikan semasa dalam percutian secara santai dan menyeronokkan.

Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah bersama krew teknikal jorankl melihat spesis patin seberat 12.545 kilogram yang dinaikkan oleh peserta

“Beliau berkata, pihaknya yakin program itu mencapai matlamat apabila perpaduan dan keharmonian pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia mahupun agama disatukan melalui aktiviti riadah itu.

” Kita mahu rakyat beriadah, sihat sejahtera seterusnya mengeratkan silaturahim dikalangan wargakota dapat terus bersatu teguh sebagai satu keluarga Malaysia.

Mashall bertugas membawa peserta yang berjaya menaikkan ikan ke meja hakim yang berdekatan. Tahniah

Katanya, penyertaan yang menggalakkan membuktikan program seumpama itu mampu menarik kedatangan pelancong domestik dan jika boleh dibuka kepada pelancong antarabangsa bagi meningkat pendapatan negara serta perbelanjaan mereka boleh menjana hasil kepada peniaga-peniaga tempatan.

“Kita ada peserta yang datang dari luar Kuala Lumpur termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka,” di sini semalam.

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada penggiat industri pelancongan kota raya bagi merangsang pertumbuhan semula industri pelancongan di ibu kota terutama tasik di Kuala Lumpur sebagai pusat riadah sihat bersama keluarga selain merapatkan silaturahim dalam kalangan keluarga serta komuniti setempat,” katanya

Seorang peserta muda tidak melepaskan peluang beraksi dengan peserta-peserta dewasa semalam.

Pertandingan kali ini dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.  Program anjuran bersama Nadi Media Events dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sokongan Tourism Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah dan Cik Nur Amanina binti Zulkefle, DBKL.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here