DAIWA HOUSE GROUP BINA GUDANG LOJISTIK BAHARU DI MALAYSIA

0
951
Simbolik pecah tanah yang disempurnakan oleh (dari kiri) Masatoshi Sarashina, Tatsuya Urakawa, Dato Teng Chang Khim, Katsuhiko Takahashi dan Dato Hasan Azhari.

SHAH ALAM, 20 September – Sesuai dengan slogan syarikat – “Creating Dreams, Building Hearts“, Kumpulan Daiwa House terus mengorak langkah untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka di negara ini.

Hari ini, syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1955 itu mencatat satu lagi sejarah baharu apabila mengadakan upacara majlis pecah tanah untuk pembinaan gudang lojistik baharu iaitu DPL Malaysia 3.

Gudang tiga tingkat itu akan dibina dengan keluasan lantai kasar 156,00m2 dan ia merupakan multi fasiliti terbesar bagi menyediakan keselesaan kepada para pelanggan mereka.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pegawai Eksekutif Daiwa House Industries Co., Ltd. Tatsuya Urakawa (gambar kiri) menjelaskan, sasaran pihak syarikat untuk menyiapkan fasiliti baharu itu adalah pada penghujung bulan Januari 2025, lengkap dengan kemudahan tenaga solar yang akan dipasang pada bahagian bumbungnya, bersesuaian dengan konsep ‘Daiwa’s Know How’s’ yang mereka telah perkenalkan di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, Daiwa House Group sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan lojistik kepada para klien mereka dan apa yang mereka tawarkan mestilah memenuhi keperluan mereka.

“Kami juga berasa bangga dengan sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, pihak kedutaan Jepun di Malaysia dan pihak-pihak berkuasa lain di Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami sehingga majlis pecah tanah untuk DPL Malaysia 3 dapat direalisasikan hari ini.

“Terima kasih juga kepada pihak konsultan iaitu IPPM serta kontraktor SLG yang turut memainkan peranan penting bagi merealisasikan majlis pada hari ini,” jelas Urakawa.

Sejak penubuhannya pada tahun 1955, operasi perniagaan Daiwa House Group kini sudah berada di 24 buah negara termasuk Malaysia.

Bermula dengan perniagaan ‘pipe house’ sejak penubuhannya, kini Daiwa House Group menjadikan pembangunan gudang lojistik sebagai perniagaan utama mereka.

Menyedari keperluan terhadap kepelbagaian perniagaan lojistik masa kini disamping pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia, maka Daiwa House Malaysia Logistic Sdn Bhd telah ditubuhkan pada bulan Mei 2018 dan Taman Perindustrian yang diwujudkan itu mampu menampung keperluan pengangkutan darat, laut dan udara.

Gudang lojistik pertama syarikat tersebut di Malaysia iaitu D Project Malaysia Fasa 1 1 telah siap dibina pada bulan Ogos 2020, diikuti Fasa 2 pada bulan Oktober 2021.

“Kami sangat menghargai para pelanggan serta rakan-rakan entiti kami yang telah mempergunakan sepenuhnya kemudahan ini, sekaligus mencapai sasaran seratus peratus penggunaan. Kami berasa bangga kerana Daiwa turut memainkan peranan penting untuk menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia meskipun dalam jumlah yang kecil,” jelas Ukarawa.

Majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan. Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana negeri Selangor, YB Dato Teng Chang Khim.

Turut hadir adalah Pegawai Eksekutif dan Ketua Cawangan Daiwa House Undistri Co. Ltd. Jepun, Masatoshi Sarashina dan juga Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi serta Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato Hasan Azhari Idris.

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here