SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2022 PERINGKAT SEKOLAH SK SAUJANA UTAMA MERIAH

0
1105

PETALING JAYA, 8 OKT – SELEBRITI PENYAMPAI SUKAN, BEKAS PEMAIN BOLASEPAK DAN IKON SUKAN NEGARA TELAH MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SAUTAMA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR YANG DIJALANKAN SERENTAK DENGAN SAMBUTAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN HARI INI.

TERUJA DENGAN KEHADIRAN MEREKA, MURID-MURID, GURU-GURU SERTA IBUBAPA SK SAUJANA UTAMA SEAKAN TIDAK PERCAYA BEGITU RAMAI PENYAMPAI SUKAN DAN BEKAS PEMAIN BOLASEPAK KEBANGSAAN YANG SEBELUM INI HANYA DITATAP DI SKRIN TELEVISYEN, KINI BERADA DI ATAS PENTAS DI SEKOLAH MEREKA.

SORAKAN SERTA TEPUKAN GEMURUH TANPA HENTI APABILA SEORANG DEMI SEORANG DIPERKENALKAN BERMULA DENGAN REEZAL ZAMBRY BEKAS PEMAIN BOLASEPAKĀ  KEBANGSAAN MERANGKAP KETUA JURULATIH KELANTAN FC, RUDIE RAMLI DAN SYED ADNEY SYED HUSSAIN SERTA DATO RICHARD SCULLY – SEMUANYA PERNAH MENYARUNG JERSI KEBANGSAAN, KINI BERTINDAK SEBAGAI PENGANALISA BOLASEPAK.

TURUT HADIR IKON SUKAN PEMOTORAN WANITA NUR ATIKAH AZWAR YANG LEBIH DIKENALI DENGAN GELARAN RIDER HELMET PINK.

JUGA DIPERKENALKAN ADALAH MOHD IRWAN YUSUF, ATLIT PENDAKI GUNUNG KELAB EKSPLORASI TUJUH BENUA, PERENTAS GREENLAND ICECAP SEJAUH 540KM DALAM TEMPOH 27 HARI DAN MERENTASI KUTUB UTARA SEJAUH 113KM.

BERSAMA MERAIKAN HARI SAMBUTAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH YANG DISEMPURNAKAN OLEH PENGULAS SUKAN SHAUKEI KAHAR IALAH ASAN AHMAD SETIAUSAHA PERSATUAN PENULIS-PENULIS SUKAN MALAYSIA, AIZUDDIN NIZAM SHAH PENGULAS SUKAN, NAZRIE FAHMIE PENYAMPAI SUKAN RTM DAN PENYAMPAI RADIO NASIONALFM, MARSILA HASSAN PEMBACA BERITA DAN PENYAMPAI SUKAN SERTA PENYAMPAI RADIO BULETINFM.

PADA MAJLISĀ  INI JUGA, SHAUKEI MEWAKILI RAKAN-RAKAN PENYAMPAI SUKAN TELAH MENYERAHKAN 15 BIJI BOLA KEPADA PASUKAN BOLASEPAK DAN CENDERAHTATI BERUPA JERSI PASUKAN LIGA MALAYSIA KEPADA KEPIMPINAN KANAN SEKOLAH BERKENAAN.

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK SAUJANA UTAMA YANG BILANGAN MURIDNYA SERAMAI 3,507 ORANG DENGAN 174 TENAGA PENGAJAR DIPIMPIN OLEH GURU BESAR ZAZALUMA HARUN INI, TURUT DIMERIAHKAN DENGAN PELBAGAI ACARA SEPERTI SENAMROBIK, SESI RAMAH MESRA DENGAN PENYAMPAI SUKAN, FUTSAL, FUN GAMES DAN GERAI-GERAI JUALAN YANG BERTUJUAN UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI PERBELANJAAN KO-KURIKULUM SEKOLAH.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here