Remaja Terbuka Setia Awan Perdana 2020 medan bakat baharu pamer sentuhan juara

0
1367

Kejohanan Badminton Remaja Terbuka tunggu penyertaan di kalangan pemain-pemain berbakat di antara umur 9 hingga 15 tahun terutamanya di Negeri Perak.

Legenda badminton negara Datuk (Dr) Haji Misbun Dato’ Haji Sidek dijangka hadir memeriahkan kejohanan ini.

Julung kali diperkenalkan terutama bakat-bakat baharu di negeri Perak peluang keemasan ini untuk merebut kejuaraan buat kejohanan ini.

Ianya dianjurkan oleh Makhazim Mohamad Badminton Acakemy dengan sokongan Persatuan Badminton Negeri Perak.

Pertandingan ini akan diadakan pada 14 hingga 15 Mac 2020 bertempat di Manjung Badminton Arena, Lekir, Perak.

Poster Kejohanan Bakat Badminton tunggu penyertaan

Tarikh tutup penyertaan pada 9 Mac 2020.

Ayuh! Bakat-bakat baharu di seluruh negara khususnya di negeri Perak, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merebut kejuaraan buat kejohanan yang julung-julung kali diperkenalkan.

Sebanyak tujuh (7) kategori disediakan antaranya perseorangan lelaki
bawah 9 tahun, bawah 10 tahun, bawah 11 tahun, bawah 12 tahun dan  bawah 15 tahun manakala perseorangan perempuan terdiri bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun.

Yuran penyertaan sebanyak RM40 sahaja bagi semua kategori.

Maklumat lanjut, sila hubungi  Akbar 011-3234 7043 (Akbar) dan 013-3051 764 (Aqmal)

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here