RM24,000.00 tunggu kaki pancing di Tasik YDP, Slim River, Perak Ahad ini.

0
2159
Pengerusi-Eksekutif-UFL-Sdn-Bhd-Dato’-Hj.-Abd-Malek-Noor-kanan-1-dan-Pegawai-Daerah-Tanah-Muallim-Shamsul-Ridzuan-Bin-Idris-Tengah truja ikan dilepaskan

Ikan patin seberat 5.5 kilogram antara spesis patin dan liko antara yang dilepaskan pagi tadi untuk kaki-kaki pancing yang akan hadir ahad ini.

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor (kanan 1) dan Pegawai Daerah & Tanah Muallim, Shamsul Ridzuan Bin Idris (Tengah) truja lepaskan ikan patin dan liko untuk ahad ini.

Majlis pelepasan ikan itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor dan Pegawai Daerah & Tanah Muallim, Shamsul Ridzuan Bin Idris.

Lebih 500 kilogram pelbagai spesis telah dilepaskan sebagai komitmen penganjur dalam Cabaran Memancing Igloo 2020 kali ini.

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor berkata ini merupakan satu penganjuran memancing edisi kedua yang di anjurkan oleh pihak UFL-Igloo Malaysia.

“Penganjuran Igloo Fishing Competition 2020 kali ini diadakan di Tasik YDP, Slim River yang dijangka akan disertai lebih dari 1,000 peserta dari seluruh negara dan saya percaya acara ini akan berlangsung dengan jayanya.”

“Pihak UFL komited untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan di Tasik YDP Slim River, Perak. Ini adalah salah satu usaha kami untuk mempromosikan sukan rekreasi memancing dan eko-pelancongan di Malaysia.”

Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM24,000.00 menanti para peserta dalam pertandingan memancing Cabaran Memancing Igloo 2020 di Tasik YDP Slim River, Perak, Ahad ini.

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor dan Pegawai Daerah & Tanah Muallim, Shamsul Ridzuan Bin Idris melepaskan spesis patin dan liko untuk ahad ini.

Pertandingan yang dianjurkan oleh UFL- Universal Fitness & Leisure mendapat sokongan Pejabat Tanah Dan Daerah Muallim menawarkan hadiah RM10,000 untuk juara, kedua sebanyak RM3,000 dan ketiga sebanyak RM1,000. Tempat ke 4 akan membawa pulang RM400, tempat ke 5-10 sebanyak RM200.00. Manakala tempat ke 11-80 sebanyak RM200 selain tempat ke 81 hingga 100 akan menerima produk Igloo.

Bagi hadiah khas spesis ikan keli turut disediakan hadiah, juara menerima RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100 beserta hadiah iringan.

Selain wang tunai yang disediakan sebanyak 500 helai  baju T bagi peserta yang mendaftar awal selain cabutan bertuah lebih RM10,000 disediakan kepada peserta bertuah sumbangan penganjur.

“Selain itu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun turut disediakan bagi memeriahkan acara tersebut.”

“Yuran penyertaan RM60 bagi satu joran dua mata dan hadiah sapu bersih disediakan untuk kaki pancing.”

“Bagi kaki pancing, tasik ini dihuni patin liar bersaiz mega, toman dan rohu. Selain itu beberapa spesis lain antaranya lampam, tilapia, haruan dan belida turut menghuni di tasik ini,” katanya.

1000 peserta dijangka hadir memeriahkan Cabaran Pancing Igloo 2020
Lebih RM10,000 produk Igloo nantikan para peserta
Milik siapakah produk Igloo bernilai lebih RM10,000 untuk kaki pancing kali ini

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd merupakan pengedar barangan Igloo di Malaysia.

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu 7 Mac, ini, bermula jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

“Maklumat lanjut, layari laman Facebook, jorankl atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811,” katanya.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here