RM10,000 milik siapa, ahad ini di Tasik YDP, Slim River, Perak.

0
1803
Kerja berpasukan petugas-petugas mengeluarkan lumut pastinya memberikan kelegaan kepada kaki pancing untuk ahad ini

Ahad ini, cabaran memancing Igloo 2020 tahun ke 2 anjuran UFL- Universal Fitness & Leisure mendapat sokongan Pejabat Tanah Dan Daerah Muallim kerja-kerja pembersihan kawasan dan lumut di tasik YDP mula menampakkan keceriannya dan pastinya melegakan kaki-kaki pancing untuk hadir ahad ini.

Dengan suasana kehijauan pastinya kaki pancing yang hadir bersama keluarga tentunya tidak lepaskan peluang untuk menjadikan tahun ke 2 anjuran UFL- Universal Fitness & Leisure  kali  inin dapat sambutan yang mengalakkan.

Pastikan yang terbaik untuk kaki pancing, lumut perlu dikeluarkan dari tasik ini untuk cabaran memancing Igloo 2020.

Ayuh kaki pancing jom bawa keluarga untuk bersantai sambil menikmati keindahan tasik selain aktiviti mewarna untuk kanak-kanak turut disediakan.

Cabaran memancing Igloo turut menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk juara, kedua sebanyak RM3,000 dan ketiga sebanyak RM1,000. Tempat ke 4 akan membawa pulang RM400, tempat ke 5-10 sebanyak RM200.00. Manakala tempat ke 11-80 sebanyak RM100 selain tempat ke 81 hingga ke 100 akan menerima produk Igloo.

Bagi hadiah khas spesis ikan keli turut disediakan hadiah, juara menerima RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100 beserta hadiah iringan.

Pengerusi Eksekutif, UFL Sdn Bhd, Dato’ Hj. Abd Malek Noor berkata ini merupakan satu penganjuran memancing edisi kedua yang di anjurkan oleh pihak UFL-Igloo Malaysia.

1000 peserta dijangka hadir memeriahkan Cabaran Pancing Igloo 2020

“Yuran penyertaan RM60 bagi satu joran dua mata dan hadiah sapu bersih disediakan untuk kaki pancing.”

“Bagi kaki pancing yang ditemui, tasik ini dihuni patin liar bersaiz mega, toman dan rohu. Selain itu beberapa spesis lain antaranya lampam, tilapia, haruan dan belida turut menghuni di tasik ini,” katanya.

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd merupakan pengedar barangan Igloo di Malaysia.

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu 7 Mac, minggu depan, bermula jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

“Maklumat lanjut, layari laman Facebook jorankl atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811.” katanya.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here