Home Sukan DIEGO MARADONA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

DIEGO MARADONA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

0
739
LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.
Demikian laporan Daily Mail London serta beberapa media antarabangsa lain yang sudah melaporkan mengenai kematian bintang bola sepak terhebat dunia itu.
Bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu dilaporkan mengalami serangan jantung di rumahnya.
Sebelum ini, pemain yang mendapat jolokan ‘Hand of God’ ketika menjaringkan gol menentang England pada Piala Dunia 1986 itu telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otaknya awal November lalu.
Selain itu, dia juga pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.
Sepanjang kariernya, Maradona telah membantu Argentina menjulang Piala Dunia 1986 dan pada peringkat kelab, dia bermain untuk Boca Juniors, Barcelona dan Napoli selain memenangi dua gelaran Serie A dengan pasukan Itali itu.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here