KEJOHANAN BADMINTON CABARAN 100PLUS RANKING JUNIOR KEBANGSAAN 2020 CAPAI OBJEKTIF

0
2889

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Kejohanan Badminton Cabaran 100PLUS Ranking Junior Kebangsaan 2020 yang berakhir di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Demikian tegas Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek hari ini sebaik selesai saingan bagi peringkat kumpulan.

Kejohanan ini telah bermula sejak 12 Oktober lalu dan ia merupakan kejohanan pertama buat barisan pemain rmaja bawah usia 18 tahun selepas mereka kembali menjalani latihan pada Julai lalu.

Menurut Misbun, kejohanan ini telah memberi satu impak yang penting buat barisan kejurulatihan untuk menilai prestasi semasa pemain-pemain di bawah kendalian mereka.

“Kita anjurkan pertandingan ranking ini kerana hampir setahun tiada pertandingan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu. Jadi, inilah peluang buat para pemain pemain menguji tahap kemampuan mereka dan saya daripada kejohanan ini pertandingan kesemua pemain telah menunjukan persaingan kompetitif. Ini merupakan perkembangan yang bagus yang bagus,” jelas Misbun.

Misi utama Misbun serta barisan kejurulatihan pastinya menilai setiap aspek termasuk mengkaji sebarang kekurangan atau impak positif hasil latihan serta program yang dirangka bagi pasukan pembangunan, sekali gus mempersiapkan pemain untuk mengharungi saingan Kejohanan Remaja Dunia yang dijangka bermula pada awal tahun depan.

Bagi Misbun yang pernah melatih jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, saingan Cabaran 100PLUS Ranking Junior Kebangsaan 2020 bukan ukuran utama kerana masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam misi membentuk pemain yang lrbih berdaya saing.

Tambah Misbun lagi, beliau dapat merasakan ada beberapa pemain yang menonjol dan memiliki karakter seperti Datuk Lee Chong Wei di usia remajanya, namun ia bukan bermakna tugas pengendali berusia 60 tahun ini semakin mudah.

Ini kerana dia turut memberi fokus untuk membangunkan pemain-pemain yang berumur antara 13 hingga 15 tahun yang dilihat sesuai untuk digilap sebagai permata baharu badminton negara.

Malah, barisan kejurulatihan dan tenaga kerja BAM perlu memastikan pemain-pemain ini berada di landasan yang betul berdasarkan program dan jadual latihan yang disusun untuk memastikan segala aspek yang perlu diberikan diterima sepenuhnya oleh para pemain.

Selepas berakhirnya saingan peringkat pusingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020, tiga pemain teratas bagi kategori perseorangan lelaki dan dua pemain teratas bagi perseorangan perempuan peringkat kumpulan A layak beraksi di playoff yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 6 November depan.

Mereka bakal bersaing dengan pemain-pemain senior di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Saingan hari terakhir tertumpu kepada perebutan tiga slot bagi perseorangan lelaki kumpulan A untuk ke perlawanan playoff, sekali gus beraksi dengan pemain-pemain senior pada November nanti.

Hanya tiga pemain teratas perseorangan lelaki kumpulan A layak beraksi yang menyaksikan Justin Hoh dan Jacky Kok Jing Hong sah mengisi dua slot pertama sebelum Ong Ken Yon melengkapkan senarai tiga pemain yang akan ke saingan Playoff selepas mengumpul 7 mata.

Ong Ken Yon mengesahkan status untuk mengiringi Justin dan Jacky ke Playoff selepas menundukkan Ong Zhen Yi dalam pertarungan tiga set, 19-21, 21-16, 21-5.

Sementara dua pemain, V. Poopathi dan Anson Cheong mengisi dua kedudukan terbawah kumpulan A, sekali gus bakal beraksi di pusingan playoff bagi penentuan ranking pemain.

Dua pemain terbaik bagi kumpulan B, C dan D untuk kategori perseorangan lelaki dan perempuan akan bertarung dengan dua pemain tercorot kumpulan A, B, C dan D dalam perlawanan Playoff yang dijadualkan bermula pada  28 hingga 30 Oktober depan untuk menentukan ranking masing-masing.

100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 merupakan pertandingan  pertama yang dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain-pemain remaja selepas mereka dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di ABM pada Julai lalu.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here