KEJOHANAN GOLF AMATUR TERBUKA BRIDGESTONE ASEAN 2020 AGAK SURAM GARA-GARA PANDEMIK COVID-19

0
886

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kejohanan Golf Amatur Terbuka BRIDGESTONE ASEAN menutup tirai bagi musim 2020 dalam suasana agak suram akibat pandemik Covid-19.

Hanya 7 pusingan mampu dianjurkan bermula di lapangan IOI Palm Villa, Johor pada September lalu dan berakhir minggu lalu di A’Famosa Golf  Resort, Melaka selepas ia ditunda beberapa kali sejak April 2020.
Menurut Pengarah Urusan Prestige Golf Sdn Bhd selaku penganjur kejohanan, K. Vasudevan, walaupun terhimpit dengan pandemik Covid-19 pihaknya masih berupaya untuk menganjur 7 pusingan membabitkan beberapa lapangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka dengan hampir 700 pemain menyertai satu-satunya kejohanan golf amatur terbesar yang masih relevan dalam negara.
JUARA pusingan akhir di Melaka bergambar kenangan dengan pihak penganjur.
Dalam 3 edisi lalu, kejohanan ini menawarkan juara bagi setiap pusingan bertanding dalam penentuan Juara antara Juara di luar negara, namun bagi edisi kali ini semuanya terpaksa dibatalkan akibat arahan tidak boleh merentas sempadan.
Pada pusingan terakhir di lapangan A’Famosa Golf Resort, Melaka minggu lalu, Suffian Mohd. Yusof muncul juara keseluruhan Gross dengan mencatat 75 pukulan 3 atas par manakala AB Aziz Toha muncul juara Nett dengan mengumpul 40 mata.
Sementara itu di lapangan Bukit Beruntong, Selangor pula menyaksikan Mohd. Syah Syarizal menggunguli kategori Gross dengan catatan 70 pukulan 2 bawah par. Juara Nett pula menjadi milik Mohd. Adnan.
Menurut Nordin Yahya selaku Pengurus Acara bagi 3 lapangan untuk kejohanan ini, ia satu pengalaman yang agak mencabar kerana perlu memastikan setiap pemain mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan MGA (Malaysia Golf Association).
“Sambutan amat baik namun kita terpaksa mengehadkan jumlah penyertaan berdasarkan SOP dan keupayaan serta fasiliti yang ada di lapangan golf berkenaan,” tegas Nordin
Kejohanan Amatur Terbuka Bridgestone ASEAN bagi musim 2020 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya set peralatan golf jenama Bridgestone bernilai RM16,500, Bridgestone driver JGR RM2,990 untuk hadiah ‘hole in one’, Jam tangan Titoni bernilai RM5,550 serta beberapa hadiah lain yang nilai keseluruhannya mencecah sehingga RM30,000.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here