KENYATAAN MEDIA MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

0
1821

 

PUTRAJAYA, 10 JULAI 2020

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada 9
Julai 2020 telah membincangkan dan bersetuju dengan beberapa
cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pembukaan sektor sukan
dan rekreasi fasa 3 dan fasa 4 seperti yang telah diumumkan oleh
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada hari
ini.

Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan perkara-perkara
seperti berikut:

(i) AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI BERSENTUHAN
FIZIKAL (contact sports activity) seperti sukan berpasukan
contoh: bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola
keranjang, skuasy dan sukan tempur – karate, silat,
taekwondo, dsb boleh dimainkan bermula Rabu, 15 Julai
2020. Serentak dengan itu, pengusaha-pengusaha
padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti
sukan dan akademi juga dibenarkan beroperasi semula
bermula 15 Julai 2020.

(ii) PENGANJURAN KEJOHANAN & PERTANDINGAN
TEMPATAN TANPA PENONTON (local competition and
tournament without spectator) untuk:
(a) Sukan tiada bersentuhan fizikal (non-contact sports)
seperti sukan permotoran dan sukan individu bermula
Rabu, 15 Julai 2020. Ini termasuklah Perlumbaan
Permotoran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan
litar-litar tempatan yang lain, Kejohanan Badminton
Perseorangan, Kejohanan Catur, dsb; dan
(b) Sukan bersentuhan fizikal (contact sports) untuk sukan
berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak
takraw, bola keranjang, skuasy dibenarkan bermula
Sabtu, 15 Ogos 2020. Contoh kejohanan / pertandingan
sukan berpasukan seperti Liga Super & Liga Premier
bola sepak (MFL), Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki
(MHL), Liga Ragbi (MRL), dll.

Pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu
diadakan dalam keadaan yang terkawal (controlled environment) oleh
operator premis dan penganjur acara dengan SOP Am Pengurusan,
SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran yang perlu
dipatuhi.

Terdapat dua belas (12) perkara penting SOP Am Individu yang perlu
dipatuhi oleh setiap individu atlet, pemain dan peserta semasa
melakukan aktiviti sukan dan rekreasi; dan dua puluh satu (21) perkara
penting SOP Am Pengurusan yang perlu dipatuhi oleh setiap
pengusaha / operator premis dan venue semasa mengendalikan fasiliti
dan premis yang telah dibenarkan untuk beroperasi.

Terdapat juga sembilan (9) SOP Am Pra-Penganjuran yang amat
penting dan sebelas (11) SOP Am Penganjuran yang juga perlu dipatuhi
oleh pihak penganjur / pengurus acara sebelum dan sewaktu acara
kejohanan / pertandingan berlangsung. SOP-SOP tersebut dilampirkan
bersama dan akan juga dimuatnaik dalam laman web KBS untuk rujukan.

Antaranya:-
(i) setiap peserta / pemain yang masuk perlu mendaftar
aplikasi MySejahtera;
(ii) disaring suhu badan & gejala sakit;
(iii) kawalan bilangan petugas dan pengguna minima dan
mengikut sesi dan keluasan premis;
(iv) peralatan perlu dibersih / dinyahkuman selepas setiap
penggunaan; dan
(v) menggalakkan pengguna membuat tempahan /
pengesahan slot atas talian atau melalui telefon sebelum
hadir ke premis / venue.

Penganjuran Kejohanan dan Pertandingan hanya terhad kepada acara /
kejohanan tempatan sahaja, tanpa penonton dan tidak melibatkan
‘mass gathering’ peserta. Penganjuran acara antarabangsa yang
melibatkan peserta dari luar negara adalah tidak dibenarkan lagi buat
masa ini.

Tarikh kuatkuasa 15 Ogos 2020, lebih satu bulan dari sekarang bagi
permulaan penganjuran kejohanan dan pertandingan sukan bersentuhan
fizikal adalah bertujuan bagi memberikan sedikit masa kepada pihak
penganjur kejohanan / pertandingan seperti Malaysia Football
League (MFL) dan juga penganjur acara kejohanan / pertandingan
sukan yang lain untuk membuat perancangan dan persiapan yang
rapi dari segi latihan yang mencukupi untuk atlet / peserta, penyusunan
logistik, persediaan premis / venue, dan juga pematuhan kepada SOP.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here